Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Baju Jarang Adik Neelofa...

AMEERA Khan, adik kepada pengacara Neelofa sebelum ini pernah menimbulkan kontroversi apabila dikutuk...

Pilot Boeing Co 737...

JAKARTA - Indonesia akan melaksanakan peraturan baru untuk latihan simulasi bagi juruterbang pesawat...

Apa Motif Angry Bird...

Selain Legoland, Taman Tema Angry Birds juga antara taman tema yang baru dibuka...

Kadar Fi Tukar Hak...

KUALA LUMPUR – Kadar fi tukar hak milik motosikal bagi Sabah dan Sarawak...

Turki, Singapura Sahkan Perjanjian Dagangan Bebas

SINGAPURA – Turki dan Singapura mencatat satu lagi peristiwa penting dalam hubungan ekonomi dua hala mereka dengan pengesahan Perjanjian Perdagangan Bebas Turki-Singapura (TRSFTA) hari ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, Menteri Perdagangan dan Industri Singapura, S. Iswaran berkata, perjanjian yang ditandatangani pada November 2015 itu akan berkuat kuasa pada 1 Oktober 2017.

“Ia akan mewujudkan lebih banyak peluang perniagaan dan pelaburan untuk syarikat di kedua-dua negara.

“Singapura dan Turki masing-masing berada di lokasi strategik di Asia dan Eropah dan boleh menjadi pintu masuk kepada pasaran serantau yang lebih besar. Saya berharap perkembangan hubungan perniagaan serta pelaburan antara Turki dan Singapura dapat dipertingkatkan lagi,” katanya.

Menurut Kementerian Perdagangan dan Industri (MTI) Singapura, rundingan mengenai TRSFTA telah dilancarkan Perdana Menteri, Lee Hsien Loong serta Perdana Menteri pada masa itu dan kini Presiden Turki, Recep Tayyip Erdoğan pada Januari 2014 dan dimuktamadkan pada Okober 2015.

MTI berkata, pengesahan perjanjian tersebut dibina atas kerjasama strategik antara Lee dan Perdana Menteri Turki, Ahmet Davutoğlu pada Oktober 2014.

“TRSFTA adalah perjanjian perdagangan bebas komprehensif Turki yang pertama dalam satu usaha tunggal.

“Ia termasuk komitmen perjanjian pertama Turki dalam perolehan kerajaan dan elemen baharu seperti hak harta intelek, e-dagang, persaingan dan ketelusan,” kata kementerian berkenaan.


Katanya,TRSFTA akan mengurangkan halangan kepada perdagangan dan pelaburan antara Turki dan Singapura, meningkatkan akses kepada sektor perkhidmatan dan pasaran perolehan, serta menggalakkan kesambungan lebih meluas antara perniagaan dan rakyat.

Tarif untuk ekpsort Singapura ke Turki pada 80 peratus daripada semua barisan tarif akan dihapuskan serta-merta sebaik sahaja TRSFTA dikuat kuasa, katanya.

Menurutnya, ia akan meningkat kepada lebih 95 peratus daripada semua barisan tarif dalam tempoh 10 tahun.

“TRSFTA akan membantu lebih banyak syarikat Singapura memanfaatkan lokasi strategik Turki sebagai pintu masuk ke pasaran serantau yang lebih besar di Eropah, Asia Tengah,Timur Tengah dan Afrika,” katanya.

MTI berkata, syarikat Turki juga digalak menggunakan Singapura sebagai pangkalan mereka untuk meneroka peluang di rantau ASEAN yang pesat berkembang serta rantau lain. – BERNAMA

Kategori