Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

PDRM Samseng Berlesen! –...

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang menuduh anggota Polis Diraja...

Jet Pejuang Myanmar Terhempas...

YANGON: Sebuah jet pejuang Myanmar terhempas di wilayah Sagaing selepas dipercayai mengalami masalah...

Jalur Lebar 2 Kali...

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia yang baharu, Gobind Singh Deo berkata...

PN Bincang Guna Satu...

GABUNGAN parti di bawah Perikatan Nasional (PN) akan membincangkan untuk menggunakan satu logo...

Tuntutan Palsu: 8 Penolong Pegawai Minta Dibicara

KOTA KINABALU – Lapan Penolong Pegawai Perubatan Hospital Queen Elizabeth 1 yang dihadapkan ke Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu hari ini mengaku tidak bersalah terhadap sejumlah 37 pertuduhan membuat tuntutan kerja lebih masa palsu antara Januari 2016 hingga Mei 2016 berjumlah RM126,757.24.

Naza Fadirul Ab Satar, 33, Jaduin Untop, 30, Terence Linchos, 38, Mohd Rosidih Mohd Saidi, 38, Zulkifli Arun, 28, Noor Salim Mohd Zin, 27, Mohd Akmal Hafiz Mohamad Ariff, 26, dan Juraineh Musalim, 27, masing-masing mengaku tidak bersalah membuat tuntutan sebanyak RM22,216.61; RM19,992.63; RM18,829.44; RM16,696.10; RM14,065.91; RM13,466.89; RM12,842.26; dan RM8,647.40.

Naza Fadirul, Jaduin, Terence Linchos, Mohd Rosidih, Zulkifli, Noor Salim, Mohd Akmal Hafiz, masing-masing menghadapi lima tuduhan itu mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (ASPRM 2009) manakala Juraineh, menghadapi tiga tuduhan menurut seksyen yang sama.

Naza Fadirul dan Mohd Akmal Hafiz yang masing-masing menghadapi 15 tuduhan dan empat tuduhan lain mengikut Seksyen 28(1) (c) ASPRM 2009 kerana bersubahat melakukan tuntutan palsu berkenaan serta Noor Salim yang menghadapi tuduhan alternatif di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan, juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berkenaan.

Di bawah Seksyen 18 dan 28 (1)(c) ASPRM 2009 tertuduh boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
​​​​​​​
​​​​​​​Di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan pula, tertuduh boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Hakim Mahkamah Khas Abu Bakar Manat memerintahkan Naza Fadirul dikenakan ikat jamin berjumlah RM30,000 dengan RM15,000 deposit berserta seorang penjamin manakala tujuh tertuduh lain masing-masing dikenakan ikat jamin RM20,000 dengan RM10,000 deposit berserta seorang penjamin.


Kesemua tertuduh membayar ikat jamin masing-masing.

Abu Bakar juga memerintahkan agar pasport kesemua tertuduh diserahkan kepada mahkamah selain diperintah melaporkan diri di pejabat SPRM setiap bulan.

Mahkamah menetapkan 10 Oktober untuk pengurusan kes serta penyerahan dokumen kes.

Pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Rozanna Abd Hadi, Rustam Sanip dan Awang Samsul Baharam Bungso. – BERNAMA

Kategori