Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pembebasan Anwar, Kembali Aktif...

SEREMBAN - Tahun 2018 bukan sahaja menyaksikan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang...

Kanak-Kanak Lelaki Disyaki Didera...

PETALING JAYA : Hanya kerana tidak mahu makan dan membuang air besar di...

Kematian Jurutera Tiada Unsur...

DUNGUN - Seorang jurutera di sebuah syarikat penyenggaraan Industri pemprosesan minyak di Kemaman...

Lebih 1,000 Penduduk Kunjungi...

KUALA NERUS - Lebih 1,000 penduduk sekitar Kuala Nerus hadir ke pasar percuma...

UCI Campur Tangan Acara Berbasikal Sukan Asia 2018

KUALA LUMPUR – Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) sah akan  campur tangan dalam isu pengguguran tiga acara penting berbasikal daripada Sukan Asia 2018 yang dihoskan oleh Indonesia.

Ahli Lembaga Eksekutif Konfederasi  Berbasikal Asia (ACC), Datuk Amarjit Singh berkata perkara tersebut dinyatakan oleh Presiden UCI, Brian Cookson kepadanya dalam satu pertemuan di Denmark tiga hari lalu.

Menerusi pertemuan berkenaan, Amarjit memaklumkan UCI bersetuju mendesak Majlis Olimpik Asia (OCA)  untuk mempertimbangkan keputusan pengguguran tiga acara berkenaan iaitu pecut berpasukan, pecut dan keirin.

“Saya tegaskan kepada Presiden UCI bahawa tiga acara trek ini dipertandingkan di Sukan Olimpik 2016 dan Sukan Asia 2014. Bagaimana OCA boleh mengambil tindakan yang tidak bijak dengan mengetepikan acara penting dalam disiplin trek.

“Presiden UCI bersetuju dengan hujah saya dan berjanji akan mendesak OCA untuk kembali mempertandingkan acara berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) hari ini.

Mengulas lanjut, Amarjit berkata beliau akan turut memaklumkan keputusan berkenaan kepada Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif ACC bahawa UCI memandang serius tentang tindakan OCA itu.


Beliau pada masa sama turut mempersoalkan tindakan OCA dan Inasgoc yang disifatkannya sangat pelik dan seolah-olah tidak tahu membezakan acara penting yang sepatutnya dipertandingkan pada Sukan Olimpik atau Sukan Olimpik.

Dalam pada itu, Presiden PKBM Datuk Abu Samah Abd Wahab menegaskan Malaysia selaku anggota gabungan UCI menyambut baik keputusan berkenaan.

Sukan berbasikal Asia kini berkocak susulan tindakan OCA yang dilaporkan menyokong cadangan Inasgoc untuk menggugurkan tiga acara penting berkenaan pada Sukan Asia 2018. – BERNAMA

Kategori