Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Angka Maut Kebakaran Greece...

ATHENS - Pasukan bomba Greece berkata sekurang-kurangnya 91 orang maut dalam kebakaran yang...

7 Ditahan Pecah Masuk...

KOTA TINGGI - Kegiatan licik sekumpulan tujuh individu yang sering kali memecah masuk...

Wanita Didakwa Pecah Amanah...

KUALA LUMPUR - Seorang bekas penasihat kewangan di sebuah bank hari ini dihadapkan...

“Saya Diarah Tinggalkan Malaysia”...

KUALA LUMPUR ā€“ Saksi utama perbicaraan SRC International, Datuk Suboh Md Yassin mendedahkan...

Umno Jangan Sakiti Hati Pengundi – MB N.Sembilan

KLUANG – Umno perlu menyantuni pengundi Melayu bagi mendapatkan sokongan besar masyarakat itu supaya Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum ke-14.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata Umno kini tidak boleh berpegang kepada falsafah bahawa masyarakat Melayu memerlukan parti keramat itu sebaliknya Umno memerlukan masyarakat Melayu demi kelangsungan parti.

ā€œOrang Melayu kini sudah ada banyak parti pilihan seperti PAS, PKR, dan PPBM. Kita (Umno) tidak boleh leka dengan keadaan parti seperti dahulu yang mengatakan Melayu perlukan kita,ā€ katanya berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Sembrong di sini semalam.

Mohamad yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan sehubungan itu menggesa seluruh jentera Umno supaya menggiatkan usaha menarik sokongan pengundi khususnya Melayu.

ā€œOrang Melayu ini tidak susahā€¦kita jangan sakiti hati mereka. Sebab itu jentera Umno perlu bergerak kuat kerana sehandal mana pun ketua kita, namun tanpa jentera, ketua kita tidak akan kuat,ā€ katanya.

Sementara itu, Hishammuddin yang juga menteri pertahanan dalam ucapannya berkata Umno akan menentang budaya fitnah yang dimainkan pembangkang sehabis-habisan supaya rakyat terus tidak terpedaya.


ā€œKita lihat pembangkang dan mereka yang ghairah hendak rampas kuasa seolah-olah seperti kecanduan fitnah. Kalau sehari tidak dapat lakukan fitnahā€¦menggelupur. Percayalah, semakin menjelang PRU, semakin fitnah menular.

ā€œKita dalam Umno tidak diajar sedemikian rupa. Kita akan tentang budaya fitnah dengan ikhlas dan jujur, tidak terikut rentak dia (pembangkang). Kita jawab bersandarkan kejayaan kita selama ini dan tidak mengikut emosi,ā€ katanya.

Beliau turut meminta seluruh anggota Umno supaya berpegang pada prinsip dan tidak menjadi anggota Umno bagi mengejar populariti semata-mata. – BERNAMA

Kategori