Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Presiden Palestin Gesa PBB...

NEW YORK: Presiden Palestin Mahmoud Abbas, hari ini menuntut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)...

Kawasan Pencarian Lelaki Hilang...

OPERASI mencari dan menyelamat (SAR) lelaki berusia 69 tahun yang dikhuatiri hilang di...

Setem Sambutan Hari Malaysia...

KUALA LUMPUR - Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) akan mengeluarkan siri setem bersempena...

Polis Buru Tiga Lelaki...

JOHOR BAHARU - Polis Johor giat memburu tiga lelaki dipercayai menyamun dua pelajar...

United Tolak Isco Kerana ‘Kepala Besar’

MANCHESTER United menolak peluang untuk mendapatkan khidmat pemain sensasi Real Madrid Isco kerana menyifatkan saiz kepalanya amat besar untuk keadaan fizikalnya.

ESPN mendedahkan dia nyaris menjadi salah seorang pemain United.

Red Devils pernah mengintai Isco semasa dia bersama Malaga sebelum berhijrah ke Real Madrid pada 2013.

Bekas pengendali United, Sir Alex Ferguson merupakan individu yang bertanggungjawab membatalkan hasratnya untuk membawa masuk Isco ke Old Trafford.

Ferguson dilaporkan sebagai berkata: “Isco amat bagus tetapi tidak cukup pantas dan kepalanya amat besar untuk keadaan fizikalnya.”

Isco berjaya membantu Real Madrid menundukkan United pada aksi Piala Super Eropah di Philip II Arena, Skopje, awal pagi Rabu selepas meledak gol kedua pada minit ke-52 selepas Los Blancos mendahului menerusi gol Casemiro.


Pengurus United, Jose Mourinho mengakui pemain tengah Real yang diterajui Isco, Toni Kroos dan Luka Modric terlalu hebat.

“Pemain tengah Real Madrid tiada tandingan. Tiada replika kepada Modric, Toni Kroos, Isco dan Casemiro. Jadi mereka begitu kuat dan cara mereka menggerakkan bola amat sukar,” kata Mourinho. – mStar Online

Kategori