Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Teknologi Israel ‘Ancaman’ Kepada...

RAMALLAH: Pergerakan Boikot, Penjualan dan Sekatan (BDS) menegaskan sektor teknologi Israel adalah ancaman...

Ahli Keluarga Nahas MH370...

AHLI keluarga mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak lima tahun...

Gajah Lupa Pakai Bra...

GAJAH terlupa memakai bra?....Ia kedengaran lucah namun gambar yang dirakamkan oleh jurugambar dari...

Doktor Nyanyi, Menari Rap...

PAKAR bedah kosmetik, Dr. Windell Boutte kini berdepan tuntutan saman selepas dia dirakamkan...

UTC Melaka Tranformasi Perkhidmatan Pantas

MELAKA – Daress Abraham, 62, tersenyum setiap kali berurusan di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Melaka, masakan tidak segala urusan yang dilakukannya di pusat itu mampu diselesaikan dalam tempoh waktu yang amat singkat.

Malah sebagai seorang suri rumah, beliau kagum dengan transformasi perkhidmatan kerajaan pada kadar pantas yang dilaksanakan di UTC itu, berbeza dengan persepsi dan buah mulut rakyat dahulu bahawa perkhidmatan kerajaan mengambil masa yang agak lama untuk diselesaikan.

Beliau yang datang ke UTC untuk menguruskan pembayaran balik pinjaman pelajaran Tabung Amanah Pendidikan Melaka anaknya hanya mengambil masa kurang sejam untuk melaksanakan urusan tersebut.

“Perkhidmatan yang cepat, angka giliran saya pun tidak banyak sangat dan saya bersama suami tidak perlu menunggu lama selain pegawai kaunternya mesra pelanggan. Saya sangat setuju dengan langkah kerajaan buka UTC ini.

“Perkhidmatan di bawah satu bumbung ini amat menyenangkan selain menyediakan kemudahan untuk warga emas seperti saya, amat memudahkan saya untuk berurusan dengan agensi kerajaan dan swasta,” kata ibu kepada tiga anak itu kepada Bernama.

UTC Melaka bernilai RM20 juta itu merupakan UTC pertama diwujudkan di negara ini dan mula beroperasi pada 12 Jun 2012 sebelum dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 23 Jun 2012.

Berkeluasan 12,995 meter persegi dan terletak di Jalan Hang Tuah di sini, bangunan sembilan tingkat itu kini menempatkan 49 agensi kerajaan dan swasta serta beropersasi bermula pukul 8.30 pagi hingga 10 malam setiap hari.

Seorang lagi pengunjung, Mohd Shafiq Ahmad Hussin, 29, seorang penjawat awam berkata beliau berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan di UTC itu di samping tidak perlu gusar untuk berurusan memandangkan operasi perkhidmatannya melepasi waktu pejabat.

“Walaupun orang ramai di UTC ini, namun urusan saya dapat diselesaikan dengan cepat dan jimatkan masa saya bahkan di UTC ini juga belia dan pelajar boleh menjalankan aktiviti sihat kerana ada gym di tingkat lapan,” katanya urusan pembayaran bil di Pejabat Pos UTC dan simpanan wang ibunya di Tabung Haji.


Beliau berkata sebagai penjawat awam beliau berbangga dengan mekanisma UTC dilaksanakan kerajaan yang berjaya menukar persepsi rakyat terhadap perkhidmatan kerajaan kepada sebuah perkhidmatan yang lebih pantas dan berkesan.

Menurut R. Rajeanniaraj, 22, seorang pekerja swasta, beliau yang datang ke UTC Melaka bagi urusan penangguhan bayaran balik PTPTN sangat berpuas hati dengan perkhidmatan disediakan di sini.

“UTC ini memang mesra pengguna, dan amat sesuai dibuka pada setiap hujung minggu sebab kebanyakan masyakat bekerja Isnin hingga Jumaat. Namun saya tidak perlu mengambil cuti kerana urusan dapat diselesaikan dalam masa tidak sampai satu jam,” katanya.

Pengurus UTC Melaka Siti Aisyah Mahmood berkata UTC ini telah memberikan perhidmatan kepada lebih 1.25 juta rakyat dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini dan mekanismanya menyediakan pelbagai perhidmatan di bawah satu bumbung amat memudahkan urusan rakyat.

“UTC bukan sahaja menjimatkan masa rakyat sebagai pelanggan kepada agensi kerajaan dan swasta, bahkan menjimatkan kos perjalanan dan tenaga mereka apabila tidak perlu datang semula pada hari lain.

“Bahkan dengan adanya UTC ini ia berjaya menukar persepsi dan realiti negatif rakyat kepada positif kerana umum mengetahui bahawa pusat ini diwujudkan dengan matlamat untuk memudahkan rakyat berurusan,” katanya.

Beliau berkata UTC yang merupakan sebahagian daripada Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memastikan segala perkhidmatan, inisiatif dan program kerajaan dapat memberi manfaat secara maksimum kepada rakyat. – BERNAMA

Kategori