Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Ibu Menteri Besar Selangor...

SHAH ALAM - Che Tom Yahaya, ibu Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed...

Jangan Terpengaruh Dengan Kempen...

SEMPORNA - Pengundi di Semporna dinasihatkan agar tidak terpengaruh dengan kempen #UndiRosak, kata...

Najib Kunjungi Pameran Kenangan...

KUCHING - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan pameran khas bagi...

2 Beranak Didakwa Sembunyi...

KUALA LUMPUR - Dua beranak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini...

UTeM Terima Kemasukan Pelajar Dari China

KUALA LUMPUR – Pelajar dari China yang memiliki diploma teknologi maklumat berpeluang untuk melanjutkan pengajian mereka di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

Canselor UTeM, Prof. Datuk Dr. Shahrin Sahib berkata, majlis menandatangani memorandum persefahaman mengenainya akan diadakan pada hujung tahun ini.

“Delegasi pengurusan tertinggi dari Guizhou Polytechnic of Construction (GPC) mahu mengukuhkan kerjasama dengan UTeM dengan merangka jalinan startegik menerusi majlis menandatangani memorandum persefahaman.

“Menerusi kerjasama ini, gerbang pegajian UTeM terbuka kepada lepasan diploma teknologi maklumat GPC untuk melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda sains komputer dengan kepujian di sini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Shahrin berkata, persefahaman awal berhubung perkara itu dicapai hasil lawaran delegasi pengurusan tertinggi GPC ke Kampus Induk UTeM Durian Tunggal semalam.


Jelas beliau, delegasi GPC tertarik dengan kemajuan dan pencapaian UTeM selaku universiti awam teknikal yang berprestij dalam negara ini.

Kata beliau, senario itu secara tidak langsung menzahirkan Melaka sebagai hab pusat pengajian tinggi bertaraf antarabangsa dan sekali gus menjayakan aspirasi Kementerian Pendidikan Tinggi untuk Malaysia terus menjadi destinasi pilihan ramai dari seluruh dunia bagi melanjutkan pengajian peringkat pendidikan tinggi. – MYNEWSHUB.CC

Kategori