Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Sanchez ‘Terlepas’ Ujian Doping...

BINTANG baharu Manchester United, Alexis Sanchez dilaporkan pernah 'terlepas' ujian doping ketika berada...

Sultan Kedah Berangkat Hadiri...

ALOR SETAR - Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan berangkat menghadiri...

Guru Diingat Sentiasa Menjadi...

ARAU - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim mengingatkan...

20 Cedera Protes Bertukar...

HONG KONG – Seramai 20 orang cedera selepas polis bertempur dengan kumpulan penunjuk...

Datuk Seri Vida Tak ‘Hingin’ Suami Orang

HANYA lelaki bujang sahaja yang boleh cuba-cuba untuk ‘masuk’ ke dalam ruang hati Datuk Seri Vida (DSV).

Jika ditakdirkan berkahwin semula, usahawan kosmetik popular dan penyanyi ini tidak berminat dengan suami orang atau menjalani kehidupan bermadu.

Kata pemilik nama sebenar Datuk Seri Dr. Hasmizah Othman ini, selepas sah bercerai April lalu, beliau tidak pernah terfikir untuk mencari pengganti atau berkahwin semula dengan segera.

Beliau juga menasihati wanita yang mempunyai suami tidak perlu takut atau berasa tercabar dengan dirinya.

“Suami orang bukan ciri lelaki pilihan saya. Jadi, kepada wanita yang mempunyai suami, jangan bimbang kerana saya takkan kacau suami anda. Kalau ditakdirkan saya hidup solo sekali pun, saya okay saja,” katanya, memetik Harian Metro. 

Dalam pada itu, Vida turut sedih apabila dipandang serong segelintir masyarakat berikutan status ibu tunggal atau janda itu.

Beliau juga mengakui terasa hati kerana digelar ‘gatal’ disebabkan personalitinya yang happy go lucky itu.


“Sebelum ini saya banyak mendengar keluhan mereka yang berstatus ibu tunggal dipandang serong dan dilemparkan dengan kata-kata kesat. Apabila terjadi kepada diri sendiri, baru saya faham dilema dilalui mereka.

“Bagi saya, masyarakat tak patut menilai dan menjatuhkan hukum sebegitu. Apabila dipanggil ‘gatal’, memanglah saya akan terasa. Apa salah saya dengan mereka? Selama ini saya tak kacau orang pun dan saya hanya buat hal sendiri,” katanya lagi.

Vida berkata, itu adalah sikap semula jadinya dan bukan dibuat-buat semata-mata untuk menarik perhatian.

“Hidup ini perlu ceria dan tidak boleh mengalah dengan masalah yang wujud,” jelasnya lagi. – MYNEWSHUB.CC

Kategori