BEBERAPA bulan dulu kecoh di media sosial apabila seorang lelaki Kelantan muncul dalam sebuah rancangan realiti televisyen, Abnormal Summit di Korea Selatan.
Baca: Video: Pemuda Kelantan Fasih Bahasa Korea Trending
Selepas itu, kecoh pula apabila dia berkahwin dengan wanita Korea di sana pada April lalu. Kini, Muhamad Khalid Ismail, 29 dan pasangannya Lee Seul, 28, yang sedang bercuti di kampungnya di Kelantan.
Kedatangan mereka memang unik kerana amat jarang benar lelaki Melayu berkahwin dengan gadis Korea namun beliau juga tidak keberatan berkongsi beberapa tips untuk memikat gadis-gadis Korea pula.
Menurutnya, untuk memikat Lee Seul, Khalid hanya memuji wanita itu dengan ikhlas.
“Saya tak guna pick up line atau bermadah untuk pikat dia. Cuma puji dengan ikhlas saja. Perempuan kan mudah cair dengan pujian sebab dia terasa seperti di awang-awangan,” ujarnya.
Menerusi satu video interview sebuah akhbar, Khalid turut menyatakan yang suara manja isterinya itu yang memikat hati lelakinya untuk berkahwin dengan Lee Seul.
Menurut graduan dari Universiti Korea Selatan ini juga, cara hidup selepas berkahwin sedikit berubah dan dia harus membiasakan diri dengan budaya Korea yang tidak melanggar ajaran Islam demi menjaga hati mertuanya.
Khalid juga menambah yang dia bakal mengadakan majlis resepsinya pada 14 Oktober ini di Korea dan di Malaysia pula berkemungkinan pada bulan Mac atau Jun tahun hadapan.
“Mungkin saya akan buat live streaming menerusi Facebook dan juga Instagram saya,” tambahnya lagi.
Waaahhh… ada live streaming lagi! Jadi kepada sesiapa yang teringin nak buat tema ala-ala Korea untuk majlis kahwin nanti bolehlah join live streaming Khalid tu. – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim