Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Piala Malaysia: JDT II...

ALOR SETAR - Juara Liga Perdana, Kedah gagal menggunakan kelebihan beraksi di laman...

Tunjukkan Solidariti Kita, Jom...

BERSATU... Datuk Seri Mohamad Hasan menyeru rakyat bersama-sama turun ke perhimpunan aman di...

Kit Siang Kecam Kerajaan...

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengecam langkah kerajaan menubuhkan pasukan...

Fokus Asah Bakat Lakonan,...

PELAKON baharu Idris Khan yang memiliki ketinggian 185 sentimeter ini merupakan seorang bekas...

Wabak Kedua Selesema Burung Dilaporkan Di Filipina

MANILA – Filipina mencatatkan wabak selesema burung kedua di wilayah pulau Luzon, kata Jabatan Pertanian hari ini, lapor agensi berita China Xinhua.

Setiausaha Jabatan Pertanian Emmanuel Pinol berkata, ujian makmal mengesahkan wabak itu berlaku di ladang puyuh dan ternakan di wilayah Nueva Ecija, utara Manila.

Jarak kuarantin sejauh satu kilometer diisytiharkan di Nueva Ecija dalam usaha mengawal virus daripada merebak selepas kerja-kerja menghapuskan virus di ladang puyuh berkenaan dijalankan.

Wabak selesema burung dikesan di Nueva Ecija seminggu selepas kerajaan Filipina mengesahkan wabak pertama di ladang ternakan di kota San Luis, Pampanga.

Pihak berkuasa dalam proses memusnahkan lebih daripada 400,000 ayam, puyuh dan itik di Pampanga.


Sebarang kenderaan pengangkutan ternakan dari Luzon ke kawasan lain dihentikan.

Pinol berkata, minggu lepas sekurang-kurangnya 38,000 ekor ayam mati akibat jangkitan selesema burung ‘Type A Subtype H5’ di bandar San Luis dan di Luzon.

Siasatan sedang dijalankan bagi menentukan punca jangkitan dan setakat ini Jabatan Kesihatan mengesahkan tiada jangkitan dalam kalangan manusia. – BERNAMA

Kategori