Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Rusia Haram Pondan, Khunsa...

MOSCOW – Pemerintah Rusia akhirnya berjaya meluluskan undang-undang kontroversi yang mengharamkan pondan dan...

Tasha Shilla Tak Selesa...

PELAKON cantik seorang ini, namanya sering dikaitkan dengan pelbagai cerita kurang enak.Namun ironinya...

Harga Runcit RON97 Melonjak...

Harga bagi seliter petrol RON97 mulai esok adalah RM4, naik 62 peratus berbanding...

Kanak-Kanak Maut Dihempap Lelaki...

SEORANG kanak-kanak berusia 21 bulan maut selepas seorang lelaki yang membunuh diri dengan...

Wanita Mengaku Nabi Ke-26, Perintah Hijrah Ke Makassar

JAKARTA – Kononnya dunia akan kiamat dalam masa terdekat, semua umat Islam perlu segera berpindah ke Makassar, bandar raya terbesar dan ibu wilayah Sulawesi Selatan di Indonesia.

Itulah apa yang dikatakan oleh seorang wanita tempatan dan dikenali sebagai Hadasari, 26, setelah mengaku dirinya konon sebagai nabi yang ke-26 selepas hampir 14 kurun kewafatan Rasulullah SAW, lapor media Indonesia.

Suspek ditahan oleh pihak polis tempatan setelah menerima laporan daripada keluarganya sendiri. Dimaklumkan kononnya dia menerima satu wahyu dan secara langsung terpilih dilantik untuk meneruskan tugas kenabian.

Pengakuan secara eksklusif tersebut telah didedahkan menerusi satu rakaman video yang membuatkan pengguna media sosial di negara paling ramai umat Islam dalam dunia itu sedikit kecoh pada Isnin lalu.

Media turut mealporkan, dia dikatakan telah diperintah melalui suara bisikan ghaib malah telah sanggup bercerai dengan suaminya semata mata untuk menyampaikan amanat besar itu.

Ketika ditahan, Hadasari bersungguh-sungguh cuba untuk meyakinkan pihak polis bahawa dia daripada keturunan Tuanta Salamanka Syeikh Yusuf yang merupakan tokoh agama terkenal di Gowa, Sulawesi Selatan, Indonesia.

Ketika itu juga dia menunjukkan senaskhah kitab Al-Quran konon versi baharu yang bertulisan tangan dan berisi sejumlah pesanan bahawa dunia akan kiamat dalam masa terdekat.

Justeru suspek memerintahkan semua umat Islam supaya segera berhijrah ke Makassar. Bukan itu sahaja, terdapat juga gambar dirinya yang sedang berdakwah di dalam kitab tersebut.


Setelah diberi kenyataan oleh ahli keluarganya, ternyata wanita ini sebenarnya mengalami gangguan jiwa. Dia juga diminta untuk mengucap dua kalimah syahadah sebelum di bawa ke sebuah balai polis.

Namun apa yang dilafazkannya itu lain daripada ayat kalimah. Difahamkan bahawa dia mula mengalami masalah jiwa ketika dia dikatakan kalah dalam perebutan harta pusaka beberapa tahun yang lalu.

Tanah itu dikatakan telah diamanahkan kepada wanita ini supaya dijaga dengan baik tetapi terdapat segelintir ahli keluarganya yang dengki dan dia terpaksa melepaskan hak tanah tersebut.

Pada tahun 2015 lalu, kisah yang sama juga pernah dibangkitkan oleh Hadasari, tetapi ia tidak pula dihebohkan oleh pihak media tempatan. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

Kategori