Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Adele Pernah Kemurungan Selepas...

PENYANYI terkenal Britain, Adele, 28, mendedahkan dia mengalami kemurungan selepas melahirkan anak pertama, Angelo,...

Raja Muda Perlis Lawat...

ZURICH - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang kini dalam...

PM Ucap Takziah Keluarga...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah kepada...

Video: Detik Cemas Pak...

VIDEO ini memaparkan detik cemas seorang lelaki Arab yang sedang berjalan kaki di...

Warga Emas Maut Basikal Dilanggar Kereta

KUANTAN – Seorang warga emas maut selepas basikal yang ditungganginya dilanggar sebuah kereta di Kilometer 3, Jalan Bentong-Raub, Bentong, semalam.

Ketua Polis Daerah Bentong, Supt. Mohamad Mansor Mohd Noor berkata pada kejadian pukul 6.20 pagi itu, Chin Yok Yah@Chan Yook Yar, 80, yang menunggang basikal tua disahkan maut di tempat kejadian.

Katanya, mangsa yang beralamat di Rumah Orang Tua Batu Satu, Jalan Tras, Bentong parah pada bahagian kepala selain kaki kanannya hancur daripada paras lutut ke bawah.

“Mangsa dipercayai dari Kampung Kuala Repas hendak ke bandar Bentong sebelum dilanggar di simpang tiga jalan itu oleh kereta Proton Wira yang dalam perjalanan ke arah Raub dari bandar,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohamad Mansor menambah pemandu kereta itu telah melarikan diri selepas kejadian namun ditangkap pada pukul 10 pagi ini, selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong.


Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

Kategori