Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Taklimat Presiden Buka Tirai...

KUALA LUMPUR - Seramai 5,739 perwakilan UMNO dari 191 bahagian di seluruh negara...

Status Vaksin Covid-19 Diguna...

PUTRAJAYA - Kerajaan akan mengeluarkan kenyataan berhubung penggunaan vaksin Covid-19 dalam kalangan umat...

Banduan Gembira Diberi Peluang...

GEORGE TOWN - Rasa syukur, terharu dan gembira. Itu luahan rasa dalam kalangan...

Pembunuhan Di Tapah, 4...

TAPAH - Empat sekeluarga sekali lagi ditahan reman semula selama tujuh hari bagi...

Warga Wilayah Kurang Semangat Patriotisme

KUALA LUMPUR – Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kesal dengan sikap sambil lewa dan kurang semangat patriotisme warga Wilayah Persekutuan dalam menyemarakkan bulan kebangsaan negara.

Justeru, beliau menyeru seluruh warga kota mengibarkan Jalur Gemilang sebagai menunjukkan tanda kasih dan cintakan negara sempena Hari Kebangsaan ke-60 tahun ini.

“Saya rayu semua warga Wilayah Persekutuan kibarkanlah bendera Malaysia di kediaman masing-masing dan peniaga-peniaga juga pasanglah bendera yang diberi di premis masing-masing,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Komuniti Ceria ‘Jom Bantu Rakyat’ di sini hari ini.

Bagaimanapun, Tengku Adnan meminta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) agar mengurangkan jumlah pemberian Jalur Gemilang secara percuma kepada warga kota.


“Warga kota dilihat tidak menghargai pemberian bendera oleh DBKL, daripada membazir lebih baik kita kurangkan jumlah itu,” katanya.

Sebanyak 34 agensi kerajaan antaranya Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, JobsMalaysia dan Institut Kemahiran Belia Negara menyertai Karnival Komuniti Ceria bagi memberi perkhidmatan kepada masyarakat setempat. – BERNAMA

Kategori