Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Bantahan Awal Najib Ditolak,...

PUTRAJAYA : Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abu Bakar Jais, dinamakan secara sah oleh...

Juara Dunia Moto3 Joan...

SEPANG - Juara baharu dunia Moto3, Joan Mir dijangka menguasai perlumbaan Moto3 Grand...

Perubahan Angin Monsun Bawa...

KUANTAN - Keadaan ombak besar yang melanda perairan pantai timur berikutan perubahan angin...

Rundingan ‘Sendiri-Sendiri’ Antara UMNO,...

KUALA LUMPUR – Rundingan antara UMNO dan Pas perlu dilakukan secara rasmi serta...

Website Sekolah Seri Puteri Digodam Rakyat Indonesia

KALAU tadi ada story mengenai akaun Instagram ahli gimnas negara, Farah Ann Abdul Hadi digodam oleh Pak Arab, semalam pula laman web rasmi Sekolah Seri Puteri pula digodam oleh rakyat Indonesia.

Baca: IG Gimnas Negara Farah Ann Digodam Pak Arab

Macam mana boleh kata mereka yang hack? Pastilah kita ada bukti yang mengatakan mereka telah menggodam laman web sekolah tersebut.

Kejadian diketahui apabila salah seorang pelajar sekolah Seri Puteri memuat naik gambar laman web sekolahnya selepas digodam.

https://twitter.com/brgsjks/status/899589708186959873

Kreatif sungguh mereka, siap ada effect kilat sabar menyambar! Ia berpunca apabila rakyat Indonesia masih berasa tidak puas hati mengenai isu pencetakan bendera terbalik negara mereka serta isu penarikan diri pemain sepak takraw wanita.

Tapi usaha mereka perlu dipuji bila mereka meletakkan effect kilat dan effect muzik. Bukan calang-calang hacker ni. Mereka juga meninggalkan beberapa pesanan yang berbunyi “Hi BA*I.. Dasar malingsial negara homo.. FUC* YOU. Bendera kami bukan mainan jangan asal balik-balik BANGS**! Dan jangan curangin atlit kami..”

Marah benar mereka ini walaupun isu penarikan diri pemain sepak takraw itu asalnya memang salah mereka sendiri.

Kalau ya pun nak hack, kenapa lah smpai hack website sekolah? Apalah salah pelajar Seri Puteri agaknya kepada mereka ni?

Tetapi hari ini mereka sudah mendapatkan semula laman web rasmi sekolah itu. Takkan nak biar je kena godam sampai bila-bila kan. Mestilah tindakan susulan telah diambil.

Yang lebih melampau lagi ialah terdapat satu akaun Instagram ‘gdluck_arrival’ yang memuat naik satu gambar menghina Yang diPertuan Agong negara kita.


Namun akaun itu tidak lagi aktif dan mungkin sudah dibuang oleh pihak Instagram sendiri.

Rata-rata netizen melahirkan rasa kecewa dan tidak puas hati atas sesetengah sikap rakyat Indonesia yang melampau! Mereka sendiri yang provoke dan mereka sendiri yang berasa sakit hati.

Jadi memang tiada sebab yang munasabah untuk mereka lakukan perkara seperti itu.

Mudah-mudahan hubungan baik antara Malaysia dan Indonesia akan dapat dibaiki. Jangan disebabkan perkara seperti itu kita dua negara bergaduh. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

Kategori