Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Video: Lelaki Cuba Rogol...

TINDAKAN seorang pemuda berusia 23 tahun dari Cancun, Mexico yang cuba merogol seorang...

Saksi ‘Misteri’ Akan Ikrar,...

KUALA LUMPUR: Seorang 'saksi kritikal' yang belum didedahkan, akan mengikrarkan afidavit bagi menyokong...

Penyanyi Popular Di Indonesia...

Siapa sangka, penyanyi baru kelahiran Malaysia yang berjaya menempa nama di negara jiran, Indonesia...

KKM Isytihar Wabak MERS-CoV...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan mengisytiharkan wabak jangkitan MERS-CoV yang dilaporkan pada 1 Januari...

Yingluck ‘Tinggalkan Negara’ Sebelum Keputusan Bicara

BANGKOK – Bekas Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra telah ‘melarikan diri’ dari negaranya sebelum mahkamah memberikan keputusan dalam perbicaraan selama dua tahun ke atas subsidi pertanian, dedah satu sumber.

Bagaimanapun, sumber itu enggan memberitahu ke mana Yingluck, 50, telah pergi, tetapi pegawai imigresen utama Thailand memaklumkan tiada rekod Yingluck telah meninggalkan negara menggunakan saluran yang betul.

Yingluck gagal hadir untuk mendengar keputusan yang dihantar.

Peguam Yingluck memberi alasan bahawa beliau tidak sihat tetapi Mahkamah Agung Thailand menolak penjelasan berkenaan dan mengeluarkan waran tangkap.

Peguamnya, Norawit Larleang, memberitahu CNN bahawa dia tidak tahu sama ada bekas perdana menteri itu masih berada di Thailand atau tidak.

Bekas perdana menteri itu yang digulingkan oleh tentera pada 2014 dituduh cuai dalam pelaksananaan skim subsidi padi yang didakwa oleh kerajaan sekarang telah menyebabkan negara itu kerugian berbilion Baht.


Yingluck telah dihalang daripada meninggalkan Thailand tanpa kebenaran mahkamah sejak tahun 2015, apabila perbicaraan kesnya bermula.

Jika didapati bersalah, beliau boleh dipenjara sehingga 10 tahun.

Mahkamah telah menetapkan tarikh baru bagi keputusan 27 September. – Astro Awani

Kategori