Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

7 Alasan Rayuan Pendakwaan...

KUALA LUMPUR : Pihak pendakwaan menyenaraikan tujuh alasan dalam rayuan terhadap keputusan Mahkamah...

Najib Hargai Jasa Khidmat...

TELUK INTAN - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sentiasa menghargai jasa...

Lelaki Cedera Parah Ditetak...

KLUANG - Seorang lelaki cedera parah akibat ditetak dengan parang oleh dua individu...

Pulang Awal, Skuad Korea...

SKUAD Korea Selatan terkejut dengan sambutan oleh penyokong bola sepak negara mereka sebaik...

Yuna Jatuh Cinta Dengan Rakan Baik Sendiri

TAHNIAH diucapkan buat Yuna atau nama sebenarnya, Yunalis Zarai atas pertunangan bersama jejaka kelahiran Arab Saudi, Adam Yusuf Sinclair baru-baru ini.

Baca: Tahniah… Yuna Selamat Jadi Tunangan Keluarga Sinclair

Majlis tersebut telah berlangsung di kediaman milik ibu bapa wanita itu di Shah Alam, Selangor. Sekali lagi tahniah buat Yuna dan Adam!

Penyanyi lagu Dan Sebenarnya ini tidak ketinggalan berkongsi perasaannya setelah bergelar tunangan orang.

Lagi Gambar Tunang Yuna Dengan Adik Ashraf Sinclair

Menurutnya, dia berasa dia merupakan seorang gadis yang bertuah. Haaa… apa yang bertuahnya tu Yuna oi? Dia berasa bertuah kerana jatuh cinta dengan sahabat baiknya sendiri.

“Dia tidak mengejar saya, mempunyai keraguan tentang diri ini menunjukkan bahawa dia seorang yang berhati-hati memilih teman hidup.

“Tiada bisikan romantik di telinga tetapi tidak terlepas menjawab panggilan telefon saya, tidak menghebohkan hubungan kami di media sosial.

‘Ini kerana baginya, saya adalah permata tersembunyi, bukannya permainan baru yang perlu ditunjuk satu dunia,” tulisnya menerusi akaun Tumblr miliknya.

Difahamkan, Yuna dan Adam mula mengenali Adam sebagai seorang direktor di set rakaman televisyen pada awal tahun 2013.

Mereka menjadi semakin rapat pada penghujung 2015 dan mula merancang untuk ke peringkat yang lebih serius.

Selain itu, dalam penulisannya itu Yuna turut menyenaraikan perkara yang membuatkan dia fall in love dengan kawan baiknya itu.


“Dia tidak meletakkan saya yang pertama kerana mempunyai ibu bapa, adik beradik, anak saudara, kesihatan dan terutamanya, kehidupannya.

“Selain itu, dia tidak cemburu jika saya dan tidak mengongkong hidup saya, tidak peduli jika saya ada dua juta pengikut di media sosial malah mengenali kesemua 10 nama sahabat saya.

“Dia tidak tahu tajuk lagu saya tetapi mengingati tarikh lahir anak saudaranya, tidak melupakan rakan-rakan untuk saya dan masih meluangkan masa bersama mereka,” ujarnya lagi.

Yuna turut menambah lagi, Adam telah berjaya membuatnya mengubah persepsi tentang cinta kerana sebelum ini dia percaya bahawa cinta itu adalah apabila lelaki memberikan segala seperti bunga, surat dan seluruh jiwa raga.

Namun, Adam adalah seorang lelaki yang berbeza di mana dia merupakan yang terbaik buat dirinya, keluarga dan juga tempat untuk meluahkan segala.

Haaa… Sweetnya Adam! Bertuahkan Yuna?

Apa-apa pun semoga hubungan ini bahagia dan kekal hingga ke jinjang pelamin la ya! Sama-sama kita doa yang terbaik buat pasangan ini. – MYNEWSHUB.CC/Amy Maizura

Kategori