Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Garis Panduan Hiburan Tak...

KUALA TERENGGANU - Garis panduan berkaitan hiburan, kebudayaan dan pelancongan yang akan diwartakan...

Adik Kelar Abang Kerana...

KEPALA BATAS – Seorang pemilik sebuah bengkel membuat peralatan besi cedera parah selepas...

Kebebasan Media: Malaysia Merudum...

Malaysia berada di kedudukan 107 dalam Indeks Kebebasan Akhbar 2024 kelolaan Wartawan Tanpa...

Ahmad Husni Hadir Mesyuarat...

KUALA LUMPUR - Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah akan...

Zara Zya Rehat Dunia Seni, Fokus Bisnes Makanan

SEJAK pelakon kecil molek heroin drama Tuan Anas Mikhael, Zara Zya memuat naik gambar selepas menjalani pembedahan buang ketumbuhan kelenjar di bahagian tepi pipinya, kini dia dikatakan berehat dari dunia seni.

Jangan risau, Zara bukan behenti berlakon, tetapi dia hanya berehat sebentar bagi memberi lebih fokus pada perniagaan makanan yang sedang diusahakannya itu.

Sebelum ni, Zara ada memuat naik gambar selepas dia selesai melakukan pembedahan itu dan katanya dia mengambil keputusan untuk membuang ketumbuhan itu kerana ia boleh mengakibatkan kanser.

Jadi, baiklah dibuang dulu sebelum apa-apa yang lebih serius berlaku.

Pelakon lincah yang berasal dari Lenggong, Perak ini memang tengah sibuk dok menguruskan business Zara Zya Cooks yang mana ia hasil air tangan Zara sendiri!

Jangan ingat dia tak pandai masak okay… Ramai juga yang suka dengan masakan Zara ni. Sedap katanya!


Menu yang diutamakan ialah makanan tengah hari seperti udang masak lemak dengan pucuk ubi celur, sambal belacan dan ikan bilis serta menu akan berubah-ubah setiap hari.

Menarik sunguh menunya tu. Selain tu juga, pada hari raya lalu, Zara ada membuat tempahan kuih raya dan kek pisang. Pandai betul dia buat side income.

Bagus sebenarnya business makanan macam ni. Yelah, orang sekarang kadang tak cukup masa nak balik rumah masak semua. Jadi dengan adanya perkhidmatan macam ni, mudahlah untuk para ibu di luar sana. Orang bujang pun senang juga. Order terus makan!

Dengarnya Zara akan memulakan penggambaran bulan depan. Jadi ada eloknya sekarang ni masa yang ada, digunakan untuk berehat sekejap. Apa pun, mudah-mudahan semuanya dipermudahkan hendaknya. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

Kategori