Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Lim Kok Wing Meninggal...

KUALA LUMPUR - Tokoh pendidikan, Tan Sri Dr Lim Kok Wing, 75, meninggal...

Korea Utara Lancar Peluru...

PYONGYANG – Korea Utara melancarkan dua peluru berpandu kereta api taktikal dalam pelancaran...

Baru 15 Tahun Tapi...

DI kala rakan-rakan sebaya mendapat hadiah seperti minyak wangi, baju berjenama dan konsol...

Planetarium Ditutup 2 Hari...

KUALA LUMPUR - Planetarium Negara akan ditutup pada Rabu (23 Sept) dan Khamis...

10 Jam Terperangkap Dalam Perigi Buta

XI’AN (China) – Seorang budak lelaki terselamat selepas terjatuh dan terperangkap selama 10 jam di dalam perigi buta sedalam 45 meter di Xi’an di wilayah Shaanxi, pagi kelmarin.

Budak lelaki yang berusia dua tahun itu dilaporkan terjatuh ke dalam perigi buta berkenaan ketika berjalan bersama datuknya.

Pasukan penyelamat yang tiba tidak lama selepas itu berdepan kesukaran untuk menyelamatkan mangsa kerana lubang perigi itu terlalu sempit.

Oksigen juga dipam ke dalam perigi itu bagi mengelak kanak-kanak itu lemas, manakala makanan dan minuman juga disalurkan.

Ibu bapa mangsa juga memanggil nama anak mereka berapa kali bagi memastikan kanak-kanak itu tidak tertidur sepanjang operasi menyelamat.

Dalam operasi berkenaan, pasukan penyelamat menggunakan beberapa jentera berat untuk menggali lubang di sekitar perigi berkenaan.


Selepas berusaha selama 10 jam tanpa henti, akhirnya pasukan penyelamat berjaya menggali hingga ke lokasi mangsa berada.

Pasukan penyelamat kemudiannya berjaya menarik mangsa keluar dengan menggunakan tali.

Kanak-kanak itu segera dibawa ke sebuah hospital dan dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan serius. – Agensi/myMetro Online

Kategori