BANDARAYA MEXICO – Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh dan lapan cedera dalam kejadian tembakan di sebuah pusat pemulihan dadah di Chihuahua, utara Mexico pada Selasa malam.
Sekumpulan penyerang dikatakan memasuki pusat “Uniting Families” dan melepaskan tembakan rambang, menurut polis tempatan lapor agensi berita China Xinhua.
Pusat pemulihan berkenaa dihuni kira-kira 25 orang dan polis masih mengesan mereka yang bertanggungjawab melakukan serangan itu.
Negeri Chihuahua yang bersempadan dengan Amerika Syarikat telah menyaksikan beberapa kejadian keganasan membabitkan kumpulan yang terlibat dengan jenayah dadah sejak berdekad lamanya. – BERNAMA