KANGAR – Sebanyak empat pusat pemindahan banjir dibuka di Perlis setakat 4 petang ini susulan beberapa kawasan dinaiki air berikutan hujan lebat sejak awal pagi tadi.
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat Perlis berkata 17 keluarga membabitkan 43 orang ditempatkan di empat pusat pemindahan itu.
Empat pusat pemindahan itu ialah Sekolah Kebangsaan Bintong, Kangar (10 keluarga), Sekolah Kebangsaan Panggau, Kangar (satu keluarga), Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Jaafar Hassan, Beseri (satu keluarga) dan Sekolah Kebangsaan Batu Bertangkup, Chuping (lima Keluarga), katanya kepada Bernama. – BERNAMA