Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Jijik! Lelaki Kencing Atas...

SEBUAH video berdurasi lebih dua minit memaparkan perbuatan tidak senonoh dan bertamadun serta...

Peguam Bela Sam Ke...

PUTRAJAYA - Hukuman dibuat mahkamah sebelum ini terhadap kerani wanita, Sam Ke Ting...

Hutang Negara Cecah RM1...

Secara rasmi, hutang langsung kerajaan telah cecah RM1 trilion hari ini.Naik RM316 bilion...

TPPA Beri Manfaat Sektor...

KUALA LUMPUR - Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) akan memberi manfaat kepada sektor kritikal,...

2 Maut Motosikal Dinaiki Dirempuh Lori Tangki

ALOR SETAR – Kemalangan kira-kira pukul 12.05 tengah hari itu menyebabkan penunggang motosikal jenis Honda EX5, Shamshariza Salleh, 30, dan seorang pembonceng yang identitinya masih belum dikenal pasti meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Baling Supt Shariffuddin Yusof berkata motosikal mangsa yang datang dari arah Simpang 3 Landak hendak membelok ke kanan menghala ke Kulim sebelum dirempuh lori yang dipandu seorang lelaki berusia 57 tahun dari arah Kulim menghala ke Gerik, Perak.

“Akibat daripada kemalangan itu penunggang dan pembonceng motosikal terbabit meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah dan mayat kedua-dua mangsa telah dihantar ke Hospital Baling.


Ketika kemalangan cuaca cerah dan keadaan jalan juga kering. Kita juga minta saksi yang melihat kejadian untuk tampil membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya. – BERNAMA

Kategori