Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Terowong SMART Rekod 22...

PETALING JAYA – Terowong Lebuh Raya SMART mencatatkan rekod tersendiri apabila diaktifkan selama...

Trafik Sesak 7 Kilometer...

SEREMBAN - Trafik dilaporkan sesak sejauh tujuh kilometer (km) di KM 269.9, Lebuhraya...

Dipenjara Kerana Conteng Tembok...

Bangkok - Seorang bekas pelajar universiti dihukum penjara satu tahun semalam kerana didapati...

Mira Selesa Berkawan, Zizan...

SEBELUM ini, pelakon dan pelawak Zizan Razak pernah menghadapi situasi di mana cinta...

2 Pasangan Regu Campuran Negara Mara Ke Suku Akhir

KUALA LUMPUR – Dua pasangan regu campuran negara mara ke suku akhir ketika beberapa pemain lain tersingkir pada Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Korea di Seoul, Korea Selatan, hari ini.

Goh Soh Huat/Shevon Jemie Lai melakar kejutan dengan menundukkan rakan sepasukan dan pasangan pilihan keenam, Tan Kian Meng/Lai Pei Jing 24-26, 21-18 dan 21-18 dalam aksi pusingan kedua kejohanan itu yang berlangsung di SK Handball Stadium, menurut laman web Persekutuan Badminton Dunia (BWF): www.bwfworldsuperseries.com.

Chan Peng Soon/Cheah Yee See juga mempamerkan aksi hebat selepas mencatatkan kemenangan mengejut ke atas pasangan regu suami isteri dari England, Chris dan Gabrielle Adcock yang juga pilihan kedua 16-21, 21-18 dan 21-16 dalam masa 71 minit.

Cabaran Malaysia dalam acara regu wanita berakhir selepas satu-satunya wakil negara dalam acara itu, Soong Fie Cho/Tee Jing Yi tewas 7-21 dan 17-21 kepada pasangan daeri China, Huang Yaqiong/Yu Xiaohan.

Pasangan regu lelaki kedua negara, Ong Yew Sin/Teo Ee Yi juga tersingkir daripada kejohanan selepas kalah 16-21, 20-22 kepada regu dari Indonesia, Marcus Fernaldi Gideon/Kevin Sanjaya Sukamuljo selaku pilihan kedua.


Bekas pemain antarabangsa, Tan Boon Heong yang berpasangan dengan bekas juara Olimpik, Hendra Setiawan juga mengalami nasib yang sama selepas tewas kepada pasangan dari Taiwan, Liao Min Chun/Su Cheng Heng 19-21, 21-6 dan 20-22 dalam satu lagi aksi beregu lelaki.

Pasangan Malaysia-Indonesia, Mohamad Arif Abdul Latif/Rusydina Antardayu Riodingin juga terkandas selepas kecundang 9-21 dan 11-21 kepada pasangan dari China, Wang Yilyu/Huang Dongping.

Cabaran Malaysia dalam acara perseorangan lelaki dan wanita pada kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai US$600,000 (RM2.523 juta) berakhir selepas satu-satunya pemain dalam kedua-dua kategori – Chong Wei Feng (lelaki dan Soniia Cheah (wanita) – tewas kepada lawan masing-masing dalam perlawanan pembukaan. – BERNAMA

Kategori