Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Internet Sebabkan Pasangan Di...

KEWUJUDAN Internet dikatakan menjadi faktor utama kenapa pasangan di Britain kurang mengadakan hubungan...

Anak Terengganu Pasang Ladam...

SETIU -  Meskipun pada awalnya bermula sebagai pekerja sambilan tetapi pengalaman selama 20...

Rakyat Tak Perlu Sangsi...

PETALING JAYA - Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat negara ini agar...

Radioaktif Perlombongan Bauksit Tidak...

KUANTAN - Tahap radioaktif disebabkan oleh aktiviti perlombongan bauksit di daerah ini tidak...

2 Petugas ICRC Diculik Di Afghanistan Dibebas

GENEVA – Dua petugas Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) yang diculik kumpulan bersenjata di Afghanistan pada Februari lepas telah dibebaskan, lapor agensi berita China Xinhua.

“Kami lega dan bersyukur rakan kami dapat kembali bersama semula dengan selamat,” kata ketua delegasi luar ICRC di Afghanistan, Monica Zanarelli di sini semalam.

Kedua-dua petugas berkenaan diculik 8 Februari lepas semasa dalam perjalanan untuk menghantar bantuan ke wilayah Jawzan bersama enam pegawai ICRC.

Konvoi bantuan mereka diserang di kawasan selatan bandar Shibergan dan dalam kejadian itu enam rakan lain turut terbunuh.

Selepas kejadian berkenaan, ICRC tidak membuat sebarang kenyataan namun menurut laman web Swissinfo serangan dipercayai dilakukan kumpulan Daesh.


ICRC berkata penculikan menjadi masalah utama di Afghanistan sejak bertahun lamanya.

Selain penduduk tempatan menjadi mangsa penculikan untuk dijadikan tebusan, warga asing atau mereka yang bertugas di Afghanistan turut menjadi sasaran. – BERNAMA

Kategori