Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

4 Juta Isi Rumah...

KERAJAAN bersetuju memberi bantuan sebanyak RM1,600 secara ‘one-off’ kepada empat juta isi rumah...

Polis Terima 17 Laporan...

SERDANG: Polis Selangor telah menerima sebanyak 17 laporan berkaitan aktiviti kumpulan ajaran sesat,...

Kucing Mati Selepas Dicat...

RUSIA – Seekor kucing yang diwarnakan merah jambu oleh pemiliknya yang obses dengan...

3 Maut, Seorang Parah...

MANJUNG - Tiga maut manakala seorang parah dalam nahas membabitkan dua kenderaan di...

2 Sungai Utama Di Kota Belud Lepasi Paras Bahaya

KOTA KINABALU – Paras air dua daripada tiga sungai utama di Kota Belud melepasi paras amaran menyebabkan 13 kampung dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat sejak kira-kira 3.20 petang ini.

Malah, menurut kenyataan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah di sini malam ini, Sungai Tempasuk meningkat ke paras bahaya dan mencatat bacaan 5.42 meter.

Paras air Sungai Abai mencatat bacaan 5.45 meter, manakala Sungai Kadamaian pula masih di paras normal dengan bacaan 1.6 meter.

Kampung yang terjejas ialah Kampung Siasai Tamu, Kampung Bobot, Kampung Ejuk, Kampung Kota Belud, Kampung Menunggui, Kampung Linau dan Gunding.

Turut terjejas ialah Kampung Sembirai, Kampung Lingkodon, Kampung Tanjung Pasir, Kampung Wakap, Kampung Labuan dan Kampung Taun Gusi Keranjangan.


Tiga jalan yang tidak boleh dilalui kenderaan kerana dinaiki air pula ialah Jalan Kampung Bobot, Jalan Siasai Tamu dan Jalan Kampung Menunggui.

APM masih memantau keadaan di lokasi kerap banjir di daerah itu dan belum memaklumkan jika ada pusat pemindahan yang dibuka. – BERNAMA

Kategori