Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Menteri Pertahanan Perancis Kunjungi...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengadakan mesyuarat...

Nahas Trigana Air: Mayat...

KUALA LUMPUR - Mayat mangsa nahas pesawat Trigana Air yang terhempas ketika dalam...

Pendedahan Video: Imej PH...

KUALA LUMPUR - Imej Pakatan Harapan (PH) semakin tercalar berikutan satu video temuramah...

Pasar Raya Singapura Pantau...

SINGAPURA - Bagi menangani masalah troli hilang, rangkaian pasar raya terbesar NTUC FairPrice...

2 Tebusan Indonesia Diselamat Tentera Filipina

MANILA – Dua warga Indonesia yang dijadikan tebusan oleh militan Abu Sayyaf di Pulau Sulu selatan Filipina sejak November lepas, berjaya diselamatkan tentera Filipina hari ini, lapor agensi berita China Xinhua.

Komander angkatan tentera bersama Sulu, Brigadier Jeneral Cirilito Sobejana berkata, dua tebusan lelaki itu diselamatkan kira-kira pukul 6.30 pagi waktu tempatan di desa Bunot, Indanan di Sulu.

Sobejana berkata, mangsa dikenali Saparuddin Kong dan Sawal Maryam ditemui dalam sebuah kereta.

Beberapa minit sebelum kedua-dua mangsa diselamatkan, berlaku pertempuran dengan kira-kira 20 anggota militan Abu Sayyaf di sebuah kampung lain di bandar Talipao, Sulu.

Lima militan terbunuh dan lima askar cedera dalam pertempuran itu, katanya.

Menurut pihak tentera, kedua-dua mangsa diculik lima lelaki bersenjata di Kunak sebuah bandar kecil di timur Sabah.


Abu Sayyaf antara kumpulan militan paling kecil dan ganas yang beroperasi di selatan Filipina.

Kumpulan itu terkenal dengan kegiatan penculikan, pengeboman, menyerang orang awam dan tentera sejak awal tahun 1990. – BERNAMA

Kategori