Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pasukan SAR Dikerah Ke...

PASUKAN mencari dan menyelamat telah dikerahkan ke kawasan nahas pesawat Airbus A320 di...

Kad Debit Maybank Tak...

Kad debit Maybank tidak dapat digunakan buat sementara waktu.Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, InstagramPerbankan melalui laman web...

Kok Gesa Banyakkan R&D...

PUTRAJAYA – Kementerian Industri Utama menggesa lebih banyak penyelidikan dan pembangunan (R&D) dijalankan...

Aidilfitri: Malindo Tambah Kekerapan...

KUALA LUMPUR - Malindo Air akan menambah kekerapan penerbangan bagi destinasi domestik terpilih...

26 Atlet Sukan SEA, Para ASEAN Asal Perak Dirai MB

TAPAH – Kejayaan atlet kelahiran Perak dalam temasya Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 baru-baru ini dirai dalam majlis bersama pemimpin dan rakyat di sini hari ini.

Kesemua 26 atlet yang hadir diraikan Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir di Stadium Mini Tun Ahmad Sarji di sini sempena Program Permukiman Menteri Besar di Daerah Kampar dan Batang Padang.

Selain berbual dan bertanya khabar, Zambry turut memakaikan mafla kepada semua atlet dan antara yang hadir termasuk penerjun wanita negara, Leong Mun Yee dan dua penembak kebangsaan, Hasli Izwan Amir Hassan dan Nur Suryani Mohd. Taibi.

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia dan Sukan negeri, Datuk Shahrul Zaman Yahaya berkata, walaupun tiada sebarang insentif diberikan hari ini, namun atlet terlibat cukup teruja untuk hadir pada majlis penghargaan berkenaan.

“Saya jangkakan hanya sedikit yang hadir kerana tiada sebarang insentif akan diberikan hari ini selain kebanyakkan mereka berada di Kuala Lumpur kerana menjalani latihan persediaan ke Sukan Komanwel.

“Namun tidak sangka jumlah kehadiran atlet seramai 26 orang. Ini menunjukkan bukan wang ringgit yang mereka cari tapi pengikhtirafan rakyat dan kerajaan atas usaha dan penat lelah mereka selama ini,” katanya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori