Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Tidak Berniat Tutup...

SEPANG : Kerajaan tidak berniat untuk menyekat atau menutup aplikasi TikTok di negara...

Kelantan Lepaskan Ghaddar Ekoran...

KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) terpaksa menamatkan khidmat penyerang import...

Kes Penganggur Bunuh Mahusin...

MAHKAMAH Majistret Port Dickson hari ini, menangguhkan kes penganggur yang dituduh membunuh juruteknik...

Kes Angkat Beg, Karl...

SEJAK kisah Fathia Latif hangat diviralkan, banyak pihak menghentam tindakan pelakon tersebut yang...

29 Militan Uighur Dihantar Pulang Ke China

BEIJING – Hasil perkongsian maklumat dalam biometrik dengan China sejak 2011, Malaysia berjaya menahan 29 militan Uighur, yang terbabit dengan kumpulan pengganas Daesh dalam negara, dan mereka dihantar pulang ke China bagi tujuan pendakwaan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kejayaan tangkapan itu mendapat pujian tinggi daripada China dan mengukuhkan lagi kerjasama antara kedua-dua negara dalam aspek keselamatan.

ā€œMereka ditahan setelah masuk ke dalam negara melalui negara-negara jiran menggunakan pasport palsu dan maklumat peribadi palsu,ā€ katanya kepada media Malaysia, di sini Rabu.

Turut hadir pada sidang media itu ialah Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dan Duta Besar Malaysia ke China Datuk Zainuddin Yahya.

Hasil kejayaan itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata dalam pertemuannya dengan Setiausaha Politik dan Hal Ehwal Undang-undang Parti Komunis China, Meng Jianzhu telah memaklumkan bahawa negara itu bersetuju untuk memberikan beberapa peralatan kepada Pusat Serantau Digital Bagi Memintas Mesej Melalui Komunikasi (CMC) seliaan Polis Diraja Malaysia.

Beliau berkata pusat itu berperanan menjejaki dan mengatasi mesej berunsur keganasan termasuk mendapatkan maklumat mengenai aktiviti pengganas dan individu yang membiayai aktiviti tersebut bagi merancang serangan dalam negara, selatan Filipina dan selatan Thailand.

Ahmad Zahid berkata China juga memuji tindakan proaktif Malaysia dalam menangani jenayah penipuan dan perjudian dalam talian seperti Macau Scam sehingga negara berjaya menahan 416 rakyat republik itu dan telah menghantar mereka pulang dalam tempoh 2014 hingga 2016.


Beliau berkata penipuan itu, yang melibatkan mangsa warganegara China dan Malaysia, mencatatkan kerugian bernilai RMB (Yuan) 500,000 juta.

ā€œLangkah ini diambil kerana jenayah tersebut merosakkan institusi keluarga dan menjejaskan pendapatan keluarga mangsa,ā€ katanya.

Justeru itu, katanya, kerjasama antara China dan Malaysia akan dipertingkatkan menerusi Bantuan Undang-undang Bersama (MLA) untuk membolehkan kedua-dua negara menghantar pulang warganegara yang dikehendaki atas kesalahan jenayah rentas sempadan. – BERNAMA

Kategori