Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Perbelanjaan Tambahan PRE Akan...

KUALA LUMPUR - Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan kerajaan sentiasa telus dalam...

Tidur Atas Landasan, Lelaki...

MALANG tidak berbau, seorang lelaki menemui ajal selepas digilis kereta api di Kampung...

15 Oktober Pengurusan Kes...

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan menetapkan 15 Oktober ini untuk pengurusan kes rayuan Datuk...

Bapa Aktivis Adam Adli...

BAPA kepada aktivis pelajar Adam Adli, Abd Halim Abdul Hamid dilaporkan meninggal dunia...

4 Beradik Bergelar Hajah Pada Usia Muda

KUCHING – Pada usia 25 tahun, Nur Fadzleena Mohd Najib antara jemaah haji yang bertuah dapat menunaikan rukun Islam kelima itu pada usia muda.

Tambah menarik, Nur Fadzleena menunaikan haji bersama tiga lagi adik-adik perempuannya, Nur Farishya, 18; Nur Fathiah 23 dan Nur Farhana, 21, ibu bapa serta dua bapa saudara bersama isteri masing-masing.

“Apabila dimaklumkan terpilih untuk menunaikan haji sekitar Mei 2017 lalu, saya dan adik-beradik memang rasa sangat bersyukur dapat pergi pada usia agak muda.

“Kami pergi 10 orang syukur pergi sebagai keluarga kalau pergi asing-asing susah sebab kita tidak pasti keadaan di sana, kalau satu keluarga boleh bantu-membantu,” katanya yang tinggal di Jalan Depo, Kuching.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA), di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Nur Fadzleena kakitangan swasta yang bertugas di Kuala Lumpur berkata dia mengambil cuti tanpa gaji selama dua bulan untuk menguruskan proses serta menunaikan haji.

“Pengalaman menunaikan haji banyak memberi pengajaran, sangat mengajar untuk saya dan ahli keluarga bersabar.

“Di sana banyak masa kita perlu tunggu, beratur serta bertolak ansur. Kita boleh lihat perangai manusia sama ada bersabar atau tidak, mementingkan diri atau tidak. Apa yang saya boleh simpulkan menunaikan haji mengajar saya untuk banyak bersabar,” katanya.

Ketika ditanya urusan jemaah Malaysia di bawah kendalian Tabung Haji, Nur Fadzleena berkata jemaah negara ini sangat bertuah mempunyai sebuah agensi yang menguruskan secara sistematik.


“Tabung Haji sangat menjaga jemaah Malaysia, mereka beri segala-galanya dari segi maklumat, sentiasa dikemaskini jika berlaku sebarang perubahan.

“Saya lihat jemaah dari negara lain mereka ada menghadapi kesulitan tidak (seperti) jemaah Malaysia di bawah jagaan Tabung Haji. Kalau tidak ada Tabung Haji tidak tahu bagaimana perjalanan menunaikan haji jemaah Malaysia,” katanya.

Sementara itu Pengarah Tabung Haji Sarawak Zaiton Mohd Yusoff berkata 156 daripada 1,304 jemaah haji dari Sarawak tiba di KIA hari ini.

Katanya penerbangan terakhir membawa jemaah Sarawak dijangka pada 25 September ini.

“Empat jemaah lelaki meninggal (dunia), seorang di Madinah manakala tiga lagi di Makkah.

Hossain Fauzi, 64, dari Debak meninggal akibat pneumonia, Majidi Sarbini, 64, dari Kota Samarahan (jangkitan kuman), Halim Dawi, 76, dari Kabong (kegagalan jantung) dan Ibrahim Juni, 65, dari Kuching akibat jangkitan kuman,” katanya. – BERNAMA

Kategori