Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Pengeluaran Kayu Sarawak Terus...

KUCHING - Pengeluaran kayu Sarawak dari ladang hutan mampu mencecah tiga juta meter...

Pencemaran Sungai Selangor: 8...

KUALA LUMPUR - Lapan lelaki termasuk seorang pengarah syarikat membaiki dan menjual jentera...

Pertandingan `Kejam’ Tangisan Bayi...

Jepun – Tangisan bayi boleh menjadikan sesetengah orang `naik hantu’ namun dalam pertandingan...

Zizan Bakal Bergandingan Dengan...

KEJAYAAN seorang demi seorang pelakon tempatan menempa nama di negara seberang membuktikan bahawa...

4 Sekeluarga Maut Kereta Bertembung Lori Beras

GUA MUSANG – Empat sekeluarga dari Sungai Besar, Selangor, maut apabila kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah treler yang membawa muatan beras di KM 52, Jalan Gua Musang-Kuala Krai , di sini, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gua Musang, DSP Abdullah Daud berkata mangsa yang maut dalam kejadian jam 7.15 pagi itu ialah pemandu kereta, Zainuddin Anuar, 30, isterinya, Raizuamira Daud, 31, anak mereka, Zayyan Nazreel Zainuddin berusia 13 hari dan seorang lagi anak belum diketahui namanya.

Pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan dan identitinya belum diketahui, katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata kejadian itu berlaku ketika treler berkenaan, yang dalam perjalanan dari arah Kuala Krai ke Gua Musang, dipercayai hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta Proton Wira yang dinaiki keluarga terbabit.

Berikutan itu, katanya, kereta mangsa remuk dan tiga daripadanya tersepit hingga terpaksa mendapat bantuan anggota bomba bagi mengeluarkan mereka.


Katanya, anggota bomba juga mengambil masa kira-kira sejam untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit itu kerana terpaksa memotong kereta yang remuk.

“Kita masih menyiasat punca kemalangan itu dan keluarga berkenaan beralamat di Parit 8 Timur, Sungai Besar, Selangor,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang di sini untuk bedah siasat. – BERNAMA

Kategori