Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Mr. Os Sertai Banyak...

KUALA LUMPUR - Pelakon komedi popular, Mohd. Yusof Abd. Hamid atau lebih dikenali...

Henti Semai Politik Kebencian...

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman...

Gelar Isteri Gemuk Dianggap...

Seorang ahli politik dari parti Buruh di United Kingdom, Seema Malhotra menyatakan mana-mana...

Suspek Kedua Kes Culik...

KUALA LUMPUR - Seorang lagi suspek yang dipercayai terlibat dalam kes culik seorang...

443,794 Calon Ambil UPSR Hari Ini

PUTRAJAYA – Seramai 443,794 calon menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah 2017 bermula hari ini hingga hingga 18 September ini.

Kementerian Pendidikan dalam kenyataan berkata daripada jumlah itu, seramai 433,536 adalah calon sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan, manakala 10,258 adalah calon sekolah swasta.

Sebanyak 8,085 pusat peperiksaan dibuka di seluruh negara, melibatkan seramai 51,363 petugas peperiksaan.

Lembaga Peperiksaan turut mengingatkan semua calon agar merujuk kepada jadual waktu peperiksaan untuk maklumat mengenai masa peperiksaan serta arahan dan amaran yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan berlangsung.

Jadual waktu tersebut boleh dimuat turun dari laman web Lembaga Peperiksaan di alamat lp.oe.gov.my.


Calon juga diingatkan membawa MyKad masing-masing ke pusat peperiksaan bagi memastikan pengurusan dan pengendalian peperiksaan berjalan lancar, kata Kementerian Pendidikan. – www.astroawani.com

Kategori