Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Sweet Qismina Tiada Niat...

PELAKON sedang meningkat naik, Sweet Qismina memberitahu bahawa dia tiada langsung niat untuk...

Gempa Nepal: Terpaksa Minum...

SEORANG mangsa yang terselamat daripada bencana gempa bumi yang melanda Nepal Sabtu lalu...

Emir Qatar Lakukan Lawatan...

PUTRAJAYA - Emir Qatar, Sheikh Tamim Hamad Al-Thani dijadual bertemu Perdana Menteri Tun...

Majlis Resepsi Ruzaini Dihadiri...

SALAH seorang daripada pereka fesyen jenama duo terkenal Rizman Ruzaini iaitu Wan Mohd...

562 Produk Kesihatan Terlarang Lebih RM1.44 Juta

MELAKA – Jabatan Kesihatan Melaka merampas 562 produk kesihatan terlarang termasuk produk tradisional tidak berdaftar dan kosmetik tidak bernotifikasi bernilai lebih RM1.44 juta sejak Januari hingga Ogos lepas.

Pengarah Kesihatan Melaka, Datuk Dr. Ghazali Othman berkataĀ produk terbabit dikesan dijual secara haram kerana tidak didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan.

ā€œSebanyak 221 rampasan adalah produk tradisional yang tidak berdaftar dan dicemari racun seperti perangsang seks, pelangsing badan dan penahan sakit bernilai lebih RM1.25 juta.

ā€œManakala 122 rampasan membabitkan produk kosmetik yang tidak bernotifikasi selain dicemari racun seperti hydroquinone, tretinoin dan merkuri bernilai RM108,021, sementara 219 lagi atas kesalahan lain,ā€ katanya pada sidang media di Ayer Keroh di sini hari ini.

Beliau berkata kesemua kes berkenaan disiasat di bawah Peraturan 7(1)(a) dan 18A Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 yang dibuat di bawah Akta Jualan Dadah 1952 kerana kesalahan di bawah Peraturan 30(1), peraturan sama yang boleh dihukum di bawah Seksyen 12(1) Akta Jualan Dadah 1952.

ā€œJika sabit kesalahan, mereka yang terlibat boleh didenda tidak lebih RM25,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama dan denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan kedua,ā€ katanya.

Ghazali berkata sehubungan rampasan yang dijalankan di ketiga-tiga daerah di negeri ini, pihaknya telah membuka sebanyak 33 kertas siasatan;Ā 18 daripadanya sudah dihadapkan ke mahkamah membabitkan pelbagai kesalahan.

Dalam pada itu, beliau berkata Jabatan Kesihatan Melaka menggalakkan masyarakatĀ memanfaatkan aplikasi Pharmacy Melaka-Malaysia Enforcement (PharMEL) Blacklist yang dilancarkan menerusi telefon pintar.


Beliau berkata melalui aplikasi itu, pengguna boleh menyemak label Hologram Meditag dan nombor pendaftaran atau nombor notifikasi produk yang hendak dibeli bagi memastikan kesahihan kandungan bahan yang terdapat dalam setiap produk.

Menurut beliau inovasi proses semakan maklumat produk kesihatan itu membolehkan pengguna memperolehi maklumat produk dengan mudah, cepat dan tepat yang kini menyenaraikan lebih 900 produk kesihatan dan kecantikan.

“Setakat ini lebih 7,000 pengguna memanfaatkannya. Aplikasi ini membolehkan pengguna membuat semakan nama produk, gambar produk, pengilang, racun yang dikesan, semakan status dan saluran aduan,” katanya.

Katanya, pengguna diingatkan agar bertindak bijak dalam urusan jual beli terutama produk kesihatan terlarang yang boleh memberi kesan negatif ke atas kesihatan tubuh badan selain masalah kulit bagi produk kecantikan. – BERNAMA

Kategori