Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

NRRTF Dihantar Ke Negeri...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menubuhkan Pasukan Petugas Tindak Balas Pantas...

Mahkamah Kekal Hukuman Bekas...

ALOR SETAR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengekalkan keputusan Mahkmah Sesyen...

Fahrin Sedar Popularitinya Bersifat...

PETALING JAYA - Pelakon drama bersiri Maaf Jika Aku Tak Sempurna, Fahrin Ahmad...

MH17: 24 Jenazah Sudah...

PUTRAJAYA - Dua puluh empat mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 telah...

6 Maut, Ramai Lagi Hilang Bot Bawa Rohingya Terbalik

DHAKA – Enam mayat ditemukan manakala ramai lagi hilang selepas bot dinaiki puluhan etnik Rohingya terbalik di Teluk Bengal dekat tenggara Bangladesh bersempadan dengan Myanmar, lapor agensi berita China Xinhua.

Pegawai Pemerintah Batalion ke-42 Pengawal Perbatasan Bangladesh (BGB) Kolonel Leftenan SM Ariful Islam memberitahu Xinhua hari ini, enam mayat itu berjaya ditemukan pagi tadi.

Beliau bagaimanapun tidak dapat mengesahkan bila sebenarnya kejadian berlaku namun tidak menolak kemungkinan bot berkenaan terbalik semalam.

Sebaik menerima maklumat, beliau berkata anggota BGB, Tentera Laut dan Pengawal Pantai Bangladesh bergegas ke lokasi kejadian berhampiran Pulau Shah Porir di daerah Teknaf, Bazar Cox.

Menurutnya, tiada maklumat mengenai jumlah mangsa yang berjaya berenang ke kawasan selamat.


Kebiasaannya etnik Rohingya sering menaiki bot kecil yang hanya mampu memuatkan seramai 25 hingga 30 orang. – BERNAMA

Kategori