Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

“Nilai Sendiri Pencapaian Saya...

MIRI - Wakil rakyat Senadin sejak 1996, Datuk Datuk Lee Kim Shin berkata...

Parah Dihempap Lembu Jatuh...

KOLKATA - Seorang lelaki patah kaki, tulang rusuk dan cedera parah di kepala...

Guna Bendera S’pura Sebagai...

KEDUTAAN Israel di Singapura membuat memohon maaf susulan tindakan seorang kakitangannya yang menggunakan...

Romelu Lukaku Buka Mulut...

ROMELU Lukaku tampil menjelaskan mengenai kemarau gol untuk Manchester United selepas mempamerkan aksi...

6 Suspek Serangan Bom Di Pattani Ditahan

PATTANI – Pihak berkuasa Thailand menahan enam suspek kes serangan bom pada 22 September lepas di daerah ini yang mengorbankan empat anggota keselamatan dan mencederakan enam yang lain.

“Kami berjaya menahan enam individu yang disyaki di bawah undang-undang tentera. Seorang daripada mereka mengakui terlibat dengan serangan bom tersebut dan menyertai gerakan (militan) 2011,” kata Ketua Tentera Task Force Pattani, Mejar Jeneral Chatuporn Kalampasut.

Pihak tentera Thailand turut membawa seorang daripada suspek itu pada sidang media di sini, hari ini.
Suspek terbabit menutup mukanya sepanjang sidang media serta lawatan ke lokasi kejadian.

Dalam kejadian yang berlaku pada 6.10 pagi waktu tempatan, bom buatan sendiri yang diletakkan bawah tanah telah meletup ketika sebuah kenderaan pacuan empat roda membawa anggota tentera sedang melaluinya.

Bom seberat antara 80 hingga 100kg itu meletup dan memusnahkan kenderaan tentera itu, menyebabkan empat anggota maut dan enam lain cedera.


Sementara itu, pada kira-kira 11 pagi ini waktu tempatan, sebutir bom dianggarkan seberat 20kg meletup di pos kawalan berhampiran Kampung Parai, Mae-lan di sini.

Seorang orang awam cedera dalam kejadian terbabit. – BERNAMA

Kategori