Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Chelsea Labur RM423 Juta...

CHELSEA bersedia membelanjakan 80 juta pound sterling (RM423 juta) terhadap penyerang Bayern Munich...

PRN: Tiga Penjuru Di...

GOMBAK - Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N17 Gombak Setia menyaksikan persaingan tiga...

Video: Mana Perginya Nilai...

TINDAKAN orang ramai yang tidak menghiraukan malah tidak membantu seorang kanak-kanak yang tercedera...

Neves Cugat.. Antara Bongok,...

SEBUT nama Raizan Zainal Abidin, tidak ada peminat hiburan tanah air yang mengenali...

7 Remaja Leka Basikal Lajak Dicekup Polis

BATU PAHAT – Polis menahan tujuh remaja yang menunggang basikal lajak di beberapa jalan utama di bandar ini dalam Ops Basikal Lajak pada petang Jumaat.

Ketua Polis Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahid Musa berkata, kesemua berusia 13 hingga 15 tahun itu ditahan kira-kira jam 4 petang ketika melalui laluan utama Jalan Zabedah, Jalan Suasa dan Jalan Ungku Ahmad.

“Ketika membuat rondaan dan pemantauan, kelihatan satu kumpulan remaja bawah umur menunggang basikal lajak di laluan utama di bandar ini dan polis bertindak menahan mereka.

“Ini kerana berkemungkinan melakukan aksi-aksi berbahaya serta mengancam keselamatan diri serta pengguna jalan raya yang lain. 
 Kesemua remaja itu ditahan dan dibawa ke Balai Polis Trafik Ibu pejabat Polis Batu Pahat.

“Manakala basikal mereka dirampas dan disita di bawah Seksyen 112(3) APJ 1987,” kata Abdul Wahid dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.


Beliau seterusnya berkata, pihak polis turut memanggil ibu bapa atau penjaga remaja tersebut untuk sesi kaunseling. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori