Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Padah Mencuri, Lelaki Tersangkut...

LAWAS - Cubaan seorang lelaki mencuri wayar kabel elektrik memakan diri, apabila dia...

Gara-Gara Terlajak ‘Towing’ Dua...

Kami percaya di mana-mana lapangan terbang pun tentu berlaku kemalangan kecil yang disebabkan...

Malaysia Gantung Import Lembu,...

PUTRAJAYA - Malaysia menggantung serta-merta pengimportan lembu dan kerbau dari Thailand selepas menilai...

Pembunuh Kanibal Bunuh Diri...

PEMBUNUH kanibal, yang bunuh seorang lelaki dengan kejam dan cuba memasak serta makan...

83 Madrasah, Tahfiz Di Johor Patuh Syarat Keselamatan

JOHOR BAHRU – Sebanyak 83 daripada 154 bangunan termasuk madrasah, tahfiz dan sekolah pondok yang dikenal pasti di negeri ini telah menjalani pemeriksaan keselamatan kebakaran sejak pertengahan tahun ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Johor Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Othman Abdullah berkata bangunan yang diperiksa itu didapati mematuhi syarat-syarat keselamatan.

“Satu mesyuarat antara agensi yang berkaitan telah dibuat bagi menyelaras tugas dan tanggungjawab terhadap madrasah dan tahfiz sedia ada,” katanya dalam kenyataan, di sini.

Othman berkata JBPM Johor juga bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan Johor bagi mendapatkan senarai sekolah yang mempunyai asrama untuk menjalankan pemeriksaan.

Beliau berkata bangunan asrama diberi fokus penting kerana melibatkan risiko seperti “sleeping risk” dan isu kemudahan jalan keluar yang selamat.

Katanya kesemua bangunan itu dijangka akan siap diperiksa dalam tempoh tiga minggu lagi.

Menurut Othman, dalam masa yang sama, Skuad Bomba Pondok akan terus diperkasakan dengan mewajibkan penubuhan skuad itu di semua madrasah dan tahfiz di negeri ini.


Menerusi penubuhan itu, pihak bomba akan memberikan latihan berkaitan aspek kemahiran menentang kebakaran di peringkat awal dan ilmu keselamatan kebakaran di premis yang diduduki mereka.

“Pemeriksaan oleh JBPM ini adalah menjunjung titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar yang mahu JBPM mengambil tindakan segera mengenal pasti sekolah yang berisiko tinggi berlaku kebakaran.

“Ini termasuk madrasah, pusat tuisyen, sekolah berasrama penuh, sekolah rendah dan sekolah menengah,” katanya. – BERNAMA

Kategori