Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Anggota Esscom Timba Pengalaman...

LAHAD DATU - Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) dalam perancangan menghantar...

11 Alasan Mengapa Ahmad...

Kuala Lumpur: Ketua Bahagian Rayuan dan Perbicaraan Jabatan Peguam Negara (AGC), Datuk Mohd...

26,534 Kes, 95 Kematian...

PUTRAJAYA – Jangkitan Covid-19 semalam merekodkan sebanyak 26,534 kes, menjadikan jumlah keseluruhan kes...

RM395j Baik Pulih, Selenggara...

KLUANG - Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) membelanjakan RM395 juta...

Abby Abadi, Norman Hakim Sanding Sekali Lagi

MUNGKIN jarang sekali dibuat orang kan? Tapi ini adalah realiti apabila pelakon, Norman Hakim dan bekas isteri, Abby Abadi mengambil keputusan bersanding sekali lagi.

Ooops, bukan mereka berdua sahaja ya, tetapi bersama-sama pasangan masing-masing!

Persandingan kali kedua itu bertujuan untuk meraikan ulang tahun perkahwinan Norman dan Memey Suhaiza yang keenam.

Majlis gilang-gemilang yang dipenuhi kemeriahan bak perkahwinan pengantin baru itu telah dihadiri oleh kira-kira 600 orang tetamu termasuk rakan rapat pasangan berkenaan.

Abby, 40, yang bertemu jodoh dengan Jaiezzany atau nama sebenarnya, Muhammad Faizal Zakaria pada tahun 2015 dilihat turut tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama memeriahkan majlis berkenaan.

Persandingan itu menjadi satu titik contoh apabila suatu masa dulu Norman dan Abby yang pernah bermusuh akhirnya kini berjaya merapatkan semula silaturahim antara mereka.

Secara tidak langsung, perkara seperti ini dapat memberi panduan yang baik kepada masyarakat.

Jelas Norman, tujuan sebenar dia mengadakan majlis ini adalah bagi merealisasi impian untuk mengumpulkan sebuah keluarga besarnya.


“Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk merealisasikan impian kami dapat berkumpul sebagai keluarga besar.

“Biarpun terdahulu hubungan kami pernah melalui fasa kontroversi, namun hubungan persahabatan antara saya, Memey, Abby dan Jaiezzany tetap baik dan dijadikan sebagai inspirasi kepada semua,” kata Norman melapor mStar Online.

Majlis yang bertemakan Islamik Vintage itu turut disertai oleh anak-anak pasangan masing-masing.

Dalam pada itu, majlis doa selamat juga turut diadakan sebagai tanda kesyukuran bersempena khatam Al-Quran anak sulung Norman dengan Abby iaitu Mohamed Danish Hakim yang dikatakan bakal melanjutkan pengajian hafazan Quran ke Turki pada Oktober depan.

Norman pernah mendirikan rumah tangga dengan Abby tetapi telah bercerai dan dikurniakan 3 orang cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, 14, Marissa Dania Hakim, 12, dan Maria Danisha Hakim, 9.

Kemudian, Norman berkahwin pula dengan Memey dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, 4, dan Muhammad Dikhriz Hakim, 2. – MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura

Kategori