Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Banjir Kilat: Bomba Tawau...

TAWAU - Sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau melakukan operasi membantu...

Jerebu: KKM Edar Penutup...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengedarkan penutup hidung dan mulut di...

Rundingan Kerusi PKR-MUDA Belum...

JOHOR BAHRU: Pengagihan tiga kerusi PKR kepada Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) masih belum...

16 Anggota UMNO Fail...

PUTRAJAYA - Enam belas anggota UMNO yang memfailkan permohonan semakan kehakiman untuk membubarkan...

Ada 40% Semut Pemalas, Langsung Tidak Buat Kerja

WASHINGTON DC – Semut dikenali sebagai haiwan yang selalu bekerja keras dalam menjalankan tugas untuk mendukung kelangsungan hidup koloni mereka sejak zaman-berzaman lagi.

Dengan sifat ini, serangga itu pun sering kali dijadikan contoh yang baik bagi manusia. Namun, satu penyelidikan yang pernah dilakukan pada 2015 lalu oleh pakar entomologi, Daniel Charbonneau menemui sebaliknya.

Penyelidik dari Universiti Arizona itu menemui fakta baharu bahawa dalam sebuah koloni semut, terdapat sekitar 40 peratus semut pekerja yang didapati tidak melakukan apa pun atau dalam bahasa mudah ialah penganggur!

“Mereka hanya duduk sahaja di sana,” kata Charbonneau dipetik dari jurnal Science Alert keluaran 16 September 2017. Dia menjelaskan, jika sekalipun mereka dikerah untuk melakukan sesuatu, ia dilaksana di sekitar sarang.

Ada bertugas merawat ratu atau merawat pekerja lain. Bagaimanapun, kewujudan semut ‘pemalas’ itu juga berguna bagi setiap koloni. Kajian Charbonneau itu melibatkan semut spesies Temnothorax rugatulus daripada 20 koloni.

Beliau mewarnai tubuh serangga ini dengan titik kecil: satu di daerah kepala, satu di dada, dan dua titik di perut. Semut-semut itu dikumpulkan dari hutan pain di Pergunungan Santa Catalina di Arizona, Amerika Syarikat.

“Kami menerapkan titik-titik kecil pada tiga bahagian pada badan mereka. Kombinasi warna dan lokasi mengenal pasti setiap individu, jadi mudah dapat mengesan mereka menerusi rakaman video kami,” kata Charbonneau.

Beliau dan pasukannya kemudian secara bergantian mengeluarkan koloni semut dari sarangnya. Ketika 20 peratus semut paling aktif dikeluarkan daripada angkatan kerja, semut ‘pemalas’ langsung menggantikan peranan mereka.


Justeru, selalu ada semut pekerja yang aktif sekali gus dapat menampung tenaga kerja koloni. Ini bermakna, semut waima malas macam mana sekali pun, tetap akan rajin apabila kudrat khidmatnya diperlukan oleh kumpulannya.

“Kami telah lama berasa curiga bahawa semut malas berfungsi sebagai tenaga kerja pengganti, tetapi itu hanya satu tanggapan dan persepsi ini tidak pernah disahkan secara saintifik,” kata salah seorang penyelidik, Anna Dornhaus.

Dalam ujian kedua pula, hanya semut tidak aktif yang dipisahkan daripada koloni, walhal semut pekerja aktif tetap melakukan pekerjaannya. Setelah dipisahkan, tidak ada yang menggantikan posisi semut yang tidak aktif itu.

Ini masuk akal kerana tanpa ada yang bertugas mencari makan dan merawat anak semut, para pekerja dan anak-anak tidak diberi makan sehingga kesihatan koloni pun akan merosot dengan sangat cepat berbanding biasa.

“Jadi, tampaknya ia tidak berusaha mempertahankan homeostasis aktiviti koloni secara umum, tetapi ganti pekerja bergantung pada keperluan tugas,” tulis penyelidik dalam jurnal PLOS One. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

  • Lagi berita berkaitan:
  • semut

Kategori