ADIK kepada penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin iaitu Siti Saerah kini dilihat sudah menanggalkan hijab dan dikatakan hangat bercinta.
Penyanyi berkenaan menjelaskan baawa tindakan itu diambil sebenarnya bukan kerana ingin kembali menyanyi mahupun sedang hangat bercinta.
Tetapi, dia tidak mahu terus menerus menjadi insan yang hipokrit lagi. Eh? Pakai tudung pun hipokrit ke? Hmm… Tak faham lah.
Siti Saerah, 34 memberitahu bukan niat nya untuk mempersendakan agama. Keputusan itu diambil adalah dorongan kata hati selepas bercerai sekitar tiga tahun lepas.
“Selepas bercerai, saya ambil masa setahun menyepi. Ketika itu berlaku perubahan pada diri saya. Saya tak sempurna mana dan ada kekurangan yang perlu diperbaiki.
“Tak semestinya saya tak bertudung saya jahat, tetapi saya mengharapkan yang terbaik selepas ini. Apa yang saya lakukan ini atas kerelaan hati,” katanya dilapor BH Online.
Tindakan Siti Saerah itu mendapat tentangan yang kuat daripada keluarga namun dia berkata apa yang dilakukan itu adalah di atas kehendak sendiri bukan pengaruh orang lain.
Tambahnya lagi, kakaknya sendiri turut menasihatinya tetapi tidak pernah sesekali mendesak.
“Pada mulanya keluarga memang ada bertanya kenapa berubah? Tetapi, selepas faham apa yang saya rasa, mereka mahukan yang terbaik untuk saya.
“Kakak Siti ada beri nasihat dan tidak mendesak. Ini kerana dia faham saya sudah besar serta boleh berfikir dengan apa yang saya lakukan,” ujarnya.
Ketika bicara soal cinta, penyanyi ini dilihat sedang hangat menjalin hubungan cinta dengan pemuda bernama, Mohd Sharidan yang dikenali sejak 2009.
Bagaimanapun, Siti Saerah berkata mereka berdua masih lagi dalam proses mengenal hati budi masing-masing.
Pengalaman yang mengejar penyanyi ini membuatkan dia kini tidak lagi terburu-buru untuk mendirikan rumah tangga ekoran mahu menumpukan perhatian kepada kerjaya seni semula.
“Kami sudah lama kenal, cuma selepas empat tahun bercerai baru jumpa balik. Anak-anak saya pun menerima dia dengan baik dan saya mengharapkan doa daripada semua.
“Saya seorang yang perlukan seseorang yang boleh bagi sokongan dan semangat bukan kerana tak boleh hidup tanpa lelaki. Walaupun ada yang mengkritik, tetapi saya pekakkan telinga,” katanya.
Siti Saerah membuat kemunculan semula dalam dunia industri dengan penampilan single terbaru berjudul, Hanya Restu selepas dilihat tujuh tahun mendiamkan diri.
Dia berharap buah tangan ini mampu mengembalikan kegemilangan namanya dalam pentas industri.
Terdahulu, Siti Searah pernah berkahwin dengan Saiful Anuar Ahmad Shafie pada tahun 2010. Namun, kebahagiaan itu hanya sementara dan tidak dapat diselamatkan empat tahun kemudian.
Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ummi Umairah, 6, Ahmad Daiyan, 5, dan Ahmad Aisy, 3 tahun. – MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura