Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Bayaran BR1M 3.0 Tahun...

Berita baik bagi semua penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).Perdana Menteri, Datuk Seri...

Pergolakan PAS-DAP Seakan Tiada...

KUALA LUMPUR - Ibarat retak menanti belah. Gabungan parti pakatan PAS-Parti Keadilan Rakyat...

Waktu Bekerja Fleksi Untuk...

PUTRAJAYA: Bermula 1 Mac ini, projek rintis Waktu Bekerja Fleksi (WBF) akan dilaksanakan...

Jari Anak Dipotong Gara-Gara...

SEORANG ibu berkongsikan kesedihan terhadap kejadian yang menimpa anak lelakinya yang berusia 16...

Azza Elite Minta Netizen Henti Hantar Mesej Lucah

JIJIK…itulah reaksi pelakon, Azza Elite terhadap mesej berbaur lucah yang diterimanya melalui laman Facebook baru-baru ini.

Azza, 39, memberi amaran kepada individu yang tergamak menulis dan meninggalkan komen berbaur lucah di laman Facebook supaya menghentikan tindakan kurang ajar tersebut.

Tindakan biadap tersebut bukan sahaja dikatakan telah mengganggu diri malah dilihat turut memberi kesan yang buruk kepada pengikut dan juga pelanggannya.

Azza memberitahu laman Facebook merupakan medium utama untuk dia berinteraksi dengan peminat dan melakukan bisnes.

“Saya sebagai artis menggunakan Facebook untuk berinteraksi dengan peminat dan berniaga, jadi tolong hormati ruangan peribadi saya.

“Pengikut saya juga terdiri daripada pelbagai golongan termasuk kanak-kanak, jadi komen sebegitu amat tidak dialu-alukan,” katanya memetik mStar Online.

Ekoran itu, Azza dilihat telah berkongsi akaun individu biadap berkenaan bagi membolehkan para peminat membuat report kepada pihak Facebook agar ia disekat dengan kadar segera.


Tambahnya lagi, bagi wanita dia sama sekali tidak selesa dan berasa jijik dengan komen sebegitu rupa.

Individu berkenaan mungkin menganggap di kaca televisyen, Azza dilihat seorang yang kelakar, maka dia tidak kisah akan komen sedemikian. Namun, sebenarnya individu tersebut silap sama sekali.

“Dia fikir saya nampak kelakar dalam TV, dia boleh bergurau hantar komen-komen lucah? Kalau tak malu pada saya sekalipun, tolong malu kepada Allah,” katanya lagi.

Bagaimanapun, Azza akui sebenarnya ini bukanlah kali pertama dia menerima gangguan seperti ini.

Malahan, sebelum ini terdapat juga seorang individu yang pernah menghantar pesanan lucah tetapi sudah meminta maaf kepada nya. – MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura

Kategori