PASANGAN yang terkenal dengan hashtag #agzuefinally semalam berjaya mencuri perhatian netizen apabila mereka mengumumkan satu berita gembira.
Menerusi laman Instagram, gitaris dan komposer, Ag Coco dan penyanyi kumpulan duo Hani & Zue, Zuliana Eusoff telah memberitahu kepada pengikut-pengikutnya yang mereka baru sahaja menimang cahaya mata sulung.
Menurut Ag, Zue selamat melahirkan putera sulung mereka pada 3.40 petang semalam. Yang menariknya baby boy ini berkongsi tarikh lahir dengan ibunya.
alhamdulillah baby boy & mak steady, 3.40pm tadi selamat dilahirkan dgn lancar. allahu akbar mak & anak share birthday
— – (@agcoco) September 8, 2017
Zue yang terkenal dengan hobi melukisnya itu juga ada memuat naik satu posting menerusi laman Instagram. Penyanyi lagu Biar ini telah memuat naik gambar baby yang dilukisnya dengan kapsyen:
“Alhamdulillah. Happy birthday to me and the new love of our lives.”
Rakan duonya, Hani turut membuat kejutan apabila dia dan beberapa rakan lain turut menyambut Zue keluar dari labour room.
Bukan itu sahaja, mereka juga membuat kejutan untuk ulang tahunnya yang ke-23 pada tahun ini.
Ag yang juga gitaris terkenal turut berkongsi pengalaman pertamanya itu di laman Twitter. Dengar-dengarnya dia sampai tak nak tidur sebab terasa rugi bila tak dapat tatap puteranya itu.
Khabar gembira ini juga telah mendapat respons dari peminat-peminat mereka. Rata-ratanya mengucapkan tahniah dan gembira dengan kebahagian keluarga kecil ini.
Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 10 Disember 2016 dengan sekali lafaz di Kelana Jaya, Selangor.
Tahniah diucapkan kepada Ag dan Zue! Selamat menjalani fasa parenthood dengan kehadiran ahli keluarga yang baru! – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim