Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Alami Tekanan Perasaan, Wanita...

SEORANG wanita yang baru berkahwin nyaris maut lemas dalam sebuah perigi yang terletak di...

AKLEH Tutup Mulai 11...

KUALA LUMPUR - Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) akan ditutup mulai pukul...

UMNO Tangguh Mesyuarat Perwakilan...

KUALA LUMPUR - UMNO sekali lagi mengambil keputusan menangguhkan semua mesyuarat perwakilan bahagian...

Mahdzir, Adenan Bincang Isu...

KUCHING - Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid akan mengadakan perjumpaan dengan Ketua...

Agong Antara Hadir Beri Penghormatan Terakhir

ALOR SETAR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berangkat ke Balai Penghadapan, Istana Anak Bukit di sini bagi memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum Sultan Kedah, Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Ketibaan baginda pada pukul 12.40 tengah hari diiringi Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dan disambut oleh Tunku Bendahara Kedah, Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani.

Turut berangkat ialah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bersama Tengku Permaisuri Norashikin; serta Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Juga Pemangku Sultan Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah; Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Putera Mahkota Brunei, Pengiran Muda Mahkota Haji Al-Muhtadee Billah Ibni Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Hadir sama ialah Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga tiba di sini.


Almarhum Sultan Abdul Halim yang pernah mencipta sejarah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong sebanyak dua kali, mangkat dalam usia 89 tahun di Istana Anak Bukit semalam. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori