Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

“Saya Akan Tetap Bersuara”...

KUALA LUMPUR - Pengerusi Biro Dasar dan Strategi Bersatu, Datuk Dr. Rais Hussin...

MP Gesa PAC Siasat...

Ahli Parlimen Klang Charles Santiago berkata Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) perlu mempertimbangkan...

Salleh Dedah Matlamat Politik...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad nampaknya cuba menepis...

Banjir: 8 kampung Di...

KUALA LUMPUR - Sembilan kawasan termasuk lapan kampung di Hulu Selangor mengalami gangguan...

Agong Berangkat Melawat Pusat Tahfiz

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V malam Jumaat berkenan melawat pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung di sini yang terbakar awal pagi Khamis.

Seri Paduka tiba di lokasi kejadian kira-kira 10.20 malam diiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Baginda meluangkan masa hampir sejam meninjau lokasi kejadian selain bertemu pihak pengurusan pusat tahfiz berkenaan bagi menzahirkan rasa simpati berikutan tragedi malang itu.

Seramai 21 pelajar dan dua guru yang merupakan warden terkorban dalam kebakaran yang berlaku pada 5.15 pagi itu.

Jenazah 22 mangsa dikebumikan di beberapa lokasi tanah perkuburan di Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Perak manakala satu lagi jenazah dijangka dikebumikan di Kelantan pagi Sabtu. – BERNAMA

Kategori