Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Syed Saddiq: Zaman Ketuanan...

KUALA LUMPUR - Zaman ketuanan Melayu di Malaysia telah berakhir! Perkara itu dinyatakan oleh...

6 Pelajar Warga Nigeria...

SERDANG - Enam pelajar kolej swasta warga Nigeria dipercayai terlibat dalam kegiatan mengedar...

Hadi Dijangka Menang Tanpa...

KOTA BAHARU - Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yakin Datuk Seri Abdul...

Dakwaan Al-Quran Turun Era...

PUTRAJAYA - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyifatkan kenyataan kakitangan University of Notre...

Alahai… Merajuk Sampai Duduk Atas Bonet Kereta?

PEREMPUAN memang begitu sinonim dengan ayat ‘merajuk’ ni. Kalau lelaki merajuk lebih-lebih tu errr… macam pelik kan.

Tapi sebenarnya ada aje lelaki yang merajuk macam perempuan. Ngada-ngada lebih la tu ha. Perempuan guna ayat manis sikit, lelaki dah okay kan?

Tapi… Kalau perempuan ni hati kental beb, kadang tu even dah guna ayat semanis madu pun yang kau curi dalam movie ‘u jump, i jump’ tu pun still tak hilang lagi merajuk dia.

Apa yang lagi dahsyat perempuan ni kalau merajuk selalunya tindakan dia biasanya di luar jangkaan.

Alkisah terjadi dalam satu kejadian seorang wanita yang merajuk selepas bergaduh enggan turun dari atas bonet kereta milik suaminya walaupun lelaki tersebut memandu kenderaan berkenaan.

Insiden yang mencuit hati itu, dilaporkan berlaku di Xianyang, Wilayah Shaanxi, China Utara.

Menurut laporan agensi, dalam kejadian wanita berkenaan dilihat sedang duduk di atas bonet kereta suaminya yang dikenali sebagai, Zhao dalam usaha untuk menghalang lelaki itu keluar dari rumah.


Tanpa menghiraukan halangan itu, suaminya dikatakan terus memandu kereta tersebut sejauh beberapa ratus meter sebelum mengambil keputusan untuk berhenti.

Siasatan polis mendapati punca pergaduhan pasangan itu adalah berkaitan dengan masalah keluarga.

Ekoran tindakan ‘gila’ wanita itu, Zhao telah dikenakan saman oleh pihak polis sebanyak 200 yuan dan juga dua mata penalti.

Alahai… macam-macam perangai manusia sekarang ni kan? – MYNEWSHUB.CC/Agensi/AmyMaizura

Kategori