SEMUA pasti sudah kenal dengan pengasas D’herbs, Datuk Aliff Syukri yang begitu terkenal dengan gelagatnya yang sering menarik perhatian ramai.
Belum reda lagi dengan kisahnya ingin memiliki senjata api, terkini usahawan itu sekali lagi mencuri perhatian netizen dengan perlakuan yang di luar jangkauan.
Baca: No More Bodyguard, Kini Aliff Syukri Mohon Senjata Api
Semuanya bermula apabila rapper tempatan, Caprice telah memuat naik satu video pendek di laman instagram baru-baru ini.
Namun, mesej yang cuba disampaikan oleh penyanyi itu nampaknya telah disalah erti oleh Aliff.
Ekoran itu, Aliff telah melenting dan meninggalkan komen yang berbaur tidak puas hati pada video tersebut.
Sebenarnya, Caprice bukanlah mengutuk Aliff mahupun Nur Sajat seperti mana yang disalah ertikan oleh jutawan kosmetik berkenaan.
Sebaliknya, dia menunjukkan rasa hormat dan kagum terhadap tindakan kedua-dua usahawan itu yang mengambil anak angkat.
Tindakan itu adalah sesuatu yang mulia dan dalam Islam juga turut menggalakkan kita untuk turut memelihara anak angkat.
Selain itu menerusi video berkenaan juga, Caprice dilihat tidak bersetuju dengan tindakan seorang individu yang dikatakan melampau serta tidak bermoral kerana mempersendakan ciptaan Tuhan.
Juga: Sajat Mengamuk Gambar Anak Angkat Diejek
Bagaimanapun, mujurlah Caprice cuba menjernihkan keadaan dengan membalas komen Aliff dengan baik dan mengatakan bahawa dia sebenarnya bukan mengutuk mahupun mengata yang buruk pasal kedua usahawan itu, tetapi hanya memuji tindakan mereka.
Kenyataan Aliff pada ruang komen Instagram Caprice itu secara tidak langsung mendapat reaksi bercampur daripada netizen.
Rata-rata adaripada netizen marah dengan tindakan Aliff dan cuba menjelaskan perkara sebenar iaitu tentang keprihatinan Caprice yang patut dipuji bukannya dicemuh.
Hmmm…Inilah yang dikatakan orang ‘malu bertanya sesat jalan’. Lain kali tanya dulu, jangan main serang je. Itulah pentingnya english education ya… – MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura