Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Lindsay Lohan Muat Naik...

KECOH jadinya atmosfera dunia hiburan apabila selebriti antarabangsa, Lindsay Lohan didakwa memuat naik...

Agong Berangkat Ke Istiadat...

PUTRAJAYA - Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V hari ini berangkat ke Istiadat...

Rumah Jangu Tahir, Inspirasi...

SEBAUH - Cantik serta memberi inspirasi, itu mungkin ayat paling ringkas untuk menggambarkan...

PAN Bantah Sarawak Kaji...

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (PAN) mengecam tindakan kerajaan Sarawak menghantar delegasi...

Almarhum Contoh Terbaik Raja Berperlembagaan

ALOR SETAR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menganggap Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah sebagai contoh terbaik seorang raja dalam konsep Raja Berperlembagaan di negara ini.

Beliau berkata Almarhum baginda, yang pernah menyandang jawatan Yang di-Pertuan Agong sebanyak dua kali, cukup terkenal dengan sifatnya yang sangat berdedikasi dan memberikan komitmen tinggi dalam hal berkaitan rakyat dan negara.

“Saya sentiasa menghormati Almarhum sebagai seorang raja yang sangat disayangi rakyat dan boleh dianggap sebagai melambangkan contoh yang terbaik dari segi peranan seorang raja berdasarkan kepada perlembagaan yakni Raja Berperlembagaan,” katanya kepada pemberita selepas menziarahi makam Almarhum baginda di Makam Diraja Langgar di sini, hari ini.

Najib yang ditemani isteri, Datin Seri Rosmah Mansor mengunjungi makam berkenaan pada kira-kira 6.30 petang tadi sejurus tiba selepas mengadakan lawatan kerja tiga hari ke Amerika Syarikat atas undangan Presiden Donald Trump dan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Britain, Theresa May di London.

Terdahulu, pesawat khas yang membawa perdana menteri tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) Kepala Batas di sini kira-kira 6 petang tadi.

Najib berkata secara peribadi, beliau menganggap Almarhum baginda bukan sahaja sebagai Yang-di Pertuan Agong malah sebagai seorang ‘ayahanda’.

Beliau berkata ia berdasarkan kepada hubungan peribadi keluarga yang begitu akrab sejak zaman ayahandanya Tun Abdul Razak Hussein menjadi perdana menteri kedua negara.

“Almarhum sentiasa memandang berat kepada bukan sahaja urusan kerajaan tapi segala-gala berhubung soal peribadi dan keluarga sendiri,” katanya.


Sehubungan itu, katanya, kemangkatan Almarhum baginda merupakan suatu kehilangan yang amat besar bukan sahaja kepada seluruh negara tetapi kepada dirinya sendiri secara peribadi.

“Komitmen dan dedikasi Tuanku kepada urusan negara dan rakyat sangat disanjung tinggi dan ini merupakan kehilangan paling besar,” katanya.

Almarhum Sultan Abdul Halim mangkat di Istana Anak Bukit pada 2.30 petang Isnin lepas setelah memerintah Kedah selama 59 tahun.

Baginda berusia 89 tahun.

Almarhum baginda melakar sejarah dengan menjadi Yang di-Pertuan Agong sebanyak dua kali iaitu pada 21 September 1970 hingga 12 September 1975 dan 13 Disember 2011 hingga 12 Disember 2016. – BERNAMA

Kategori