Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Padah Bila Pelanggan ‘Terlajak...

NAMPAKNYA frasa 'Customer Is Always Right' atau 'Pelanggan Sentiasa Betul' tidak boleh diamalkan...

Peminat Alif Satar Sanggup...

PELAKON dan pengacara Alif Satar memberitahu bahawa dirinya bukan sahaja digodaa peminat ketika...

Polis Gagalkan Perjudian Haram...

KOTA KINABALU - Polis Sabah menggagalkan aktiviti perjudian haram yang baru memulakan operasi...

Lebih 1,000 Pimpinan, Ahli...

Lebih 1,000 pimpinan dan ahli Bersatu Bahagian Jeli mengumumkan keluar daripada parti tersebut...

“Almarhum Pemimpin Hebat Tawan Hati Rakyat”

KUALA LUMPUR – Kemangkatan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah meninggalkan kenangan peribadi kepada Duta Besar Ukraine ke Malaysia, Olexander Nechytaylo.

Dalam temu bual dengan Bernama di sini hari ini, Nechytaylo melahirkan perasaan sedih dan menyifatkan Almarhum baginda sebagai “pemimpin hebat yang telah menawan hati ramai orang”.

Sebaik menerima berita kemangkatan itu, Nechytaylo menulis menerusi akaun Twitternya “Sangat sedih dengan berita kemangkatan Almarhum Sultan Abdul Halim. Pemimpin hebat yang berkhidmat kepada negara dan telah menawan hati rakyat”.

Duta itu berkongsi detik manisnya ketika menyampaikan watikah pelantikannya kepada Almarhum Sultan Abdul Halim pada 18 Julai tahun lepas dalam upacara rasmi di Istana Negara.

“Saya serah watikah pelantikan kepada Almarhum baginda dan saya masih ingat keperibadian baik Almarhum baginda pada ketika itu. Bila saya memperkenalkan diri, Almarhum baginda menyatakan minat mengenai Ukraine kerana itu saya secara peribadi amat menghargainya.

“Saya percaya Almarhum baginda telah memenangi hati semua rakyat Malaysia,” kata Nechytaylo.

Nechytaylo juga kagum dengan kebolehan Almarhum Sultan Abdul Halim dalam menyelesaikan tugas semasa berada di atas takhta memandangkan Almarhum baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong kali kedua pada tahun 2011 selepas kali pertama pada 1970.

“Ia satu fakta menarik meskipun dua kali Almarhum baginda menjadi Agong namun masih aktif, menepati masa dan amat menghormati negara lain,” katanya.


Negara semalam bersedih di atas kemangkatan Almarhum Sultan Abdul Halim yang memerintah Kedah selama 59 tahun dan dua kali menjadi Yang di-Pertuan Agong.

Almarhum baginda melakar sejarah menjadi Yang di-Pertuan Agong sebanyak dua kali iaitu pada 21 Sept 1970 hingga 12 Sept 1975 dan 13 Dis 2011 hingga 12 Dis 2016.

Semasa pemerintahannya, Almarhum Sultan Abdul Halim menawan hati rakyat dengan cara yang unik dan dihormati serta disayangi rakyat bukan sahaja di Kedah malah di seluruh negara.

Almarhum baginda mangkat pada pukul 2.30 petang semalam di Istana Anak Bukit, Alor Setar. Almarhum baginda berusia 89 tahun.

Jenazah Almarhum baginda akan dikebumikan di Makam Diraja Langgar pada pukul 4 petang ini. – BERNAMA

Kategori