Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

6 Suspek Serangan Bom...

PATTANI – Pihak berkuasa Thailand menahan enam suspek kes serangan bom pada 22...

Marquez Intai Kemenangan Ke-12...

SEPANG - Pelumba sensasi Repsol Honda, Marc Marquez, mengintai peluang untuk merangkul kemenangan...

Anak Polis Maut, Jatuh...

AJAL dan maut sememangnya takdir ketentuan Ilahi.Seorang remaja lelaki maut selepas terjatuh dari kediaman...

Meghan Markle Perlu Henti...

MEGHAN Markle telah diberi amaran oleh para petugas perlindungan diraja untuk menghentikan amalan...

Anggota ASEAN Perlu Tangani Cabaran Permintaan Tenaga

MANILA – ASEAN yang kini mempergiatkan usaha ke arah pertumbuhan ekonomi yang tinggi juga memerlukan negara-negara anggotanya menangani cabaran akibat peningkatan permintaan terhadap tenaga.

Ketika membuat gesaan itu, Setiausaha Jabatan Tenaga Filipina, Alfonso Cusi berkata susulan penyusutan bahan api fosil, langkah mendapatkan sumber tenaga bukan konvensional itu dilihat wajar bagi menyediakan tenaga mapan yang stabil serta pada harga lebih kompetitif.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN ke-35 (AMEM35) yang bermula semalam.

Delegasi Malaysia ke mesyuarat itu diketuai oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili.

Mengulas selanjutnya, Cusi berkata ASEAN telah menetapkan sasaran 23 peratus tenaga boleh diperbaharui menjelang 2025 bagi mengurangkan kebergantungan terhadap bekalan tenaga tradisional yang menyebabkan pencemaran secara ketara.

Bagaimanapun, katanya, sasaran itu berjaya dicapai pada 2013.


Beliau berkata, pada masa ini, China merupakan pengeluar terbesar tenaga boleh diperbaharui di Asia manakala Malaysia adalah pengeluar panel solar ketiga terbesar di dunia.

“Ini menunjukkan masih banyak peluang perniagaan dan pelaburan bagi tenaga boleh diperbaharui di bahagian rantau ini,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa lebih ramai pelabur untuk melabur dalam sektor tenaga ASEAN berikutan permintaan tinggi serta dapat memberi pulangan lumayan kepada mereka. – BERNAMA

Kategori