Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

TS Madinah Diarah Buat...

KENYATAAN media TS Madinah membuktikan Kerajaan PH amat memerlukan isu 1MDB untuk mengekalkan...

Liza HotFM Akhiri Zaman...

Penyampai stesen radio popular HotFM, Khairu Norliza Khairudin atau Liza, menamatkan zaman bujangnya bersama...

Nasib Hanez Suraya Ibarat...

Baru hendak kembali bertatih dalam industri seni tempatan setelah sekian lama digam stesen...

Luvo wholesome, low-cost is...

If you are seeking the very best essay writers online, you're in the...

Ahli UMNO Usah Amal Budaya Jatuh Rakan Dalam Parti

TAWAU – Ketua Bahagian UMNO Kalabakan, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh mengingatkan anggota UMNO agar tidak mengamalkan budaya menjatuhkan rakan dalam parti semata-mata ingin dicalonkan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Beliau yang juga Anggota Parlimen Kalabakan berkata anggota yang berhasrat menjadi calon perlu bekerja keras dan turun padang mendekati rakyat daripada menjatuhkan dan memfitnah rakan seperjuangan dalam parti.

“Bekerja keras dekati rakyat, ini adalah antara kriteria calon yang dinilai oleh pucuk pimpinan parti Presiden Parti UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

“Bukannya menghasut dan memburuk-burukkan orang lain,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sementara itu, Ghapur turut kesal dengan tindakan seorang individu di Kampung Mentadak Baru, Pulau Sebatik memasang papan tanda penuh pelbagai dakwaan negatif ke atas Anggota Dewan Undangan Negeri Sebatik, Datuk Abdul Muis Picho.


Ghapur berkata, dakwaan yang dilemparkan itu sebagai tidak berasas dan bermotifkan agenda peribadi. -BERNAMA

Kategori