Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Perintah Gaji Minimum Tetap...

PERINTAH Gaji Minimum 2016 iaitu RM1,000 sebulan bagi Semenanjung Malaysia dan RM920 sebulan bagi...

Bunuh Kenalan, 2 Pekerja...

GEORGETOWN - Dua pekerja kilang hari ini dijatuhi hukum gantung sampai mati oleh...

Maut Terperosok Bawah Kereta...

BAGAN SERAI - Seorang maut, seorang parah manakala 11 lagi selamat dalam kemalangan...

FBI Sahkan Pengganas Paling...

WASHINGTON - Biro Penyiasatan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI) mengesahkan hari ini bahawa Zulkifli...

Annuar Musa Dicalon Tanding Jawatan Presiden KAFA

KOTA BHARU – Tan Sri Annuar Musa dicalon untuk bertanding jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan) KAFA.

Perkara tersebut diumumkan Setiausaha Agung KAFA, Datuk Ismail Md Noor dalam satu kenyataan hari ini.

“Penamaan calon dilakukan anggota gabungan KAFA bagi memilih kepimpinan KAFA untuk penggal 2017 hingga 2021,” katanya.

Pemilihan akan diadakan pada Kongres Ke-43 KAFA Ahad ini.

Annuar melepaskan jawatan presiden pada November tahun lepas dan menjadi penasihat KAFA.

Ismail berkata empat calon lagi turut dicalon untuk jawatan presiden iaitu Timbalan Presiden KAFA, Datuk Mohamad Nasir Hamzah, Naib Presiden KAFA, Datuk Rosmadi Ismail, Penaja KAFA, Datuk Ir Shaari Hassan dan Ahli Peniagaan Bibi Ramjani Ilias Khan.


Beliau berkata bagi jawatan timbalan presiden pula, seramai empat individu dicalonkan.

“Turut disenarai ialah 13 calon bagi jawatan naib presiden yang terdiri daripada tokoh korporat, pentadbiran, tokoh politik manakala 30 orang dicalonkan bagi jawatan anggota jawatankuasa,” katanya.

Ismail berkata pemilihan calon akan ditentukan 52 orang perwakilan anggota gabungan KAFA, persatuan bola sepak jajahan, persatuan bola sepak Melayu dan persatuan bola sepak Cina. – BERNAMA

Kategori