PIHAK pengurusan baharu Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) diketuai Bibi Ramjani Ilias Khan selaku presiden berhak buat apa sahaja termasukan menghapuskan gelaran The Red Warriors (TRW)
Bekas Presiden KAFA yang menjenamakan bola sepak Kelantan sebagai TRW hingga menjadi sebuah pasukan digeruni satu ketika dahulu, Tan Sri Annuar Musa berkata, pengurusan baharu KAFA perlu diberi kebebasan untuk melakukan apa yang difikirkan baik untuk pasukan itu.
“Nama TRW dah tak mahu dipakai lagi? Saya rasa pengurusan baru berhak buat apa saja dan mereka perlu bebas buat apa yang mereka fikir baik kita sokong.
“Lagi pun Bibi sudah dapat mandat penuh daripada ahli gabungan dan beliau perlu melakukan apa jua asalkan baik untuk pembangunan bola sepak Kelantan.
“Cuma jika benar jenama atau gelaran itu tak diperlukan, saya harap saya dibenarkan guna untuk aktiviti sukan dan lain-lain tanpa melibatkan KAFA.Ā Mungkin akademi bola atau mungkin pasukan bola lain,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Baca: Nama The Red Warriors Akan Diubah Musim Depan
Gelaran TRW untuk pasukan bola sepak Kelantan diperkenalkan ketika era Annuar mengambil alih jawatan Presiden KAFA pada tahun 2008. Kelantan lebih sinonim dengan gelaran skuad Kijang sebelum itu.
Sejak itu, pasukan bola sepak Kelantan menjadi pasukan gergasi bola sepak Malaysia dan menjuarai banyak piala dalam Liga Malaysia.
Bagaimanapun, TRW mula berhadapan masalah apabila sebahagian besar pemain utamanya meninggalkan pasukan itu kerana dipancing pasukan lain dengan tawaran gaji berlipat kali ganda.
Situasi itu menyebabkan beberapa penaja utama TRW menarik diri sekali gus mengundang masalan kewangan keatas bola sepak Kelantan yang bergerak tanpa tajaan kerajaan negeri.
“Kita sentiasa doakan yang terbaik buat KAFA dan percaya bola sepak Kelantan dibawah pengurusan baharu akan muncul lebih hebat dan cemerlang,” katanya. – MYNEWSHUB.CC